Salam,
Suka cita diumumkan yang mulai hari ini 28 OCT 2008, ahli ahli
Killerbees sekalian boleh melayari forum & website yang beralamat di :
www.killerbees.com.my
Apa yang bila bila dah masuk ke website & forum baru tersebut. Sila
baca detail di bawah:
Sila register di forum yang baru & selepas selesai register, kawan
kawan di WAJIBKAN untuk memperkenalkan diri di section New Member,
contoh format memperkenalkan diri ada di sediakan sebagai panduan &
menyenangkan kawan kawan.
Di samping tu kawan kawan di minta meluangkan masa sedikit dengan
membaca R&R sebagai pengetahuan asas untuk berforum.
Forum & Moderato masih baru, so mungkin ada sedikit kekurangan, sila nyatakan cadangan anda di ruang Feedback & Suggestion yang di sediakan.
Sekali lagi diulangi, sesiapa yang buat hal di forum/egroups/shop/vox Killerbees yang lepas akan di BAN di forum yang baru. We want to start fresh.
Di harap kawan kawan semua akan enjoy berada di forum Killerbees yang
baru & terus memberi sokongan kepada Killerbees.
TQ
Azlan
Salam Kawan2. Kat bawah adalah design forum baru Killerbees yang bakal akan di lancarkan nanti, dah siap 100% tapi buat masa sekarang moderator tengah membiasakan diri dengan function function yang ada.
Untuk tengok gambar forum yang lain sila ke Photo atau link di bawah :
http://b6b8.vox.com/library/photos/
Rules & Ragulation - Untuk keseluruhan Forum Killerbees
Selamat Datang Ke Forum Killerbees!
Buat masa ini kita tak bercadang untuk meletakkan R&R yang begitu strict, cuma beberapa basic guidelines sebagai panduan. Yang di minta adalah kematangan & kerjasama kawan kawan semua bagi menjaga keharmonian Forum Killerbees ini.
Antara perkara basic yang wajib diikuti oleh ahli Killerbees ialah
1.Ahli baru di WAJIBKAN memperkenalkan diri anda di ruangan New Members
2.Dilarang keras mengeluarkan komen komen yang berbaur Perkauman
3.Dilarang keras mengeluarkan komen komen negatif terhadap agama
4.Berbincang lah di seksyen yang telah disediakan & kalau nak off-topic sila ke ruangan Cofee Shop - Off-Topic Section
5.Jangan mencarut & memaki ahli yang lain
PENTING: JIKA FORUMER GAGAL MENGIKUTI R&R BASIC SEPERTI DI ATAS, ADMIN & MODERATOR BERHAK UNTUK:
1.MENEGUR AHLI SUPAYA MEMPERKENALKAN DIRI TERLEBIH DAHULU
2.DELETE THREAD & BAN MEMBER
3.DELETE THREAD & BAN MEMBER
4.MENGALIHKAN THREAD YANG OFF-TOPIC KE RUANGAN YANG SEPATUTNYA
5.DELETE THREAD & BAN MEMBER
Itu saja R&R yang wajib diikuti, yang pastinya kesemua yang dinyatakan di atas merupakan perkara basic yang perlu diikuti di mana mana forum dalam dunia.
Have Fun!
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Rules & Ragulation - Untuk Killerbees e-shop
Sila baca Rules and Regulation baru dibawah:
Perhatian: KILLERBEES e-Shop ini terbuka buat semua pemilik Mazda/Ford & tiada sebarang bayaran dikenakan oleh pihak KILLERBEES.
PANDUAN UNTUK FORMAT IKLAN/THREAD:
Item : [Attach Actual picture ]
Condition : [ Used or New ]
Price : RM***.** [ Negotiable or Firm ]
Mode of Delivery : [ By Post or By Hand ]
Contact Person :
Location :
DISCLAIMER- Sebarang urusniaga/transaksi adalah atas tanggungjawab diri sendiri
PERATURAN UNTUK PARA PENJUAL/PEMBELI:
-Tolong berusniaga dengan secara jujur;
-Dilarang komen dengan harga penjual walaupun harga tersebut tidak kena dengan budget pembeli;
-Dilarang membuat kecoh/spam dalam iklan/thread;
-Dilarang menggunakan BUMP dlm iklan/thread kecuali penjual sahaja;
-Jika ada pertanyaan dalam iklan/thread, hendaklah dijawab;
-Jika item telah dijual, sila NYATAKAN atau tolong DELETE iklan/thread tersebut;
-Jika anda tidak berpuashati dengan penjual, sila selesaikan diluar;
PLEASE play by the rules! Sekiranya anda tidak mengikuti format/peraturan tersebut, pihak KILLERBEES tidak teragak-agak untuk DELETE sebarang iklan/thread yang tidak menurut format/peraturan yang ditetapkan.
Sekian, terima kasih
KILLERBEES
SHAH ALAM: Pemilik kereta yang menggunakan ‘ekzos raksasa’, ‘spoiler ampai pakaian’ dan pelbagai aksesori yang boleh menunjukkan kereta terbabit seperti kapal angkasa bakal berjalan kaki kerana kenderaan itu akan disita sebelum dirujuk kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Pada masa sama, kereta itu juga akan dirujuk kepada Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) selain pemiliknya disaman maksimum RM300. Ia berkuat kuasa serta-merta pada Ops Sikap ke-17 bermula pada 24 September lalu.
Ketua Jabatan Ketenteraman yang juga Ketua Trafik Selangor, Superintendan Che Hussin Che Omar, berkata peraturan itu membabitkan semua kenderaan yang ada di Selangor atau keluar dan masuk Selangor.
“Berdasarkan kajian, pemandu kereta berumur 35 tahun ke bawah sering memandu dengan laju dan melulu dan sebahagian besarnya menggunakan kenderaan yang diubah suai membabitkan ekzos, spoiler dan pelbagai aksesori lain.
“Pemanduan laju dan melulu itu menyebabkan pengguna jalan raya yang tidak bersalah turut menjadi mangsa ‘kehebatan’ kumpulan pemandu dalam golongan terbabit dan kerana itu kita mengambil langkah awal menahan mereka yang dinyatakan itu,” katanya di sini, semalam.
Menurut beliau, pemandu kenderaan dinasihatkan tidak mengubah suai kenderaan sebaliknya menggunakan aksesori standard dan tidak memberikan perasaan kurang selesa kepada pihak lain.
Che Hussin turut memaklumkan pihaknya memberikan ‘perhatian khas’ pada pemandu yang memandu secara laju dan melulu di mana sejak hari pertama Ops Sikap ke-17 dijalankan, sebanyak 1,781 saman dikeluarkan kerana kesalahan terbabit.
“Saman dikeluarkan adalah maksimum iaitu RM300 kerana kita mahu pemandu degil itu tahu bahawa perbuatan mereka membahayakan pihak lain serta diri sendiri.
“Wang boleh dicari, aksesori kenderaan juga boleh diperoleh, tetapi nyawa tidak boleh diganti,” tegasnya.
Dalam pada itu, seorang remaja tidak memakai topi keledar tercatat dalam statistik kematian sepanjang empat hari Ops Sikap ke-17 di seluruh Selangor.
“Dalam kejadian jam 4.30 pagi semalam (kelmarin), remaja berusia 19 tahun itu hilang kawalan sebelum motosikal ditunggang terbabas dan merempuh pokok.
“Mangsa tidak memakai topi keledar dan mati di lokasi kejadian. Sepanjang Ops Sikap ke-17 ini, Selangor mencatatkan empat kematian termasuk remaja terbabit dan semuanya penunggang atau pembonceng motosikal,” katanya.
Selangor juga mencatatkan jumlah kemalangan tinggi iaitu 310 kes pada hari pertama Ops Sikap diikuti 280 pada hari kedua, 384 hari ketiga dan turun kepada 300 pada hari keempat.
Che Hussin turut menasihatkan pemandu kenderaan berhati-hati, berhenti memandu jika letih dan mematuhi semua peraturan jalan raya supaya sampai ke destinasi masing-masing tanpa kecelakaan.
“Jika semua pemandu menggunakan pertimbangan sempurna pasti tiada kecelakaan membabitkan mereka atau anggota keluarga. Kemalangan boleh dielakkan jika kita bersabar dan patuh pada peraturan jalan raya,” katanya.
Diambil dari harianmetro punya website
Guys,
Sempena bulan raya (Syawal) nie, buat pertama kalinya Central Region akan mengadakan ‘GATHERING RAYA AIDILFITRI’ seperti berikut:
Tarikh : Ahad 12hb Oktober 2008 [ minggu ke-2 ]
Masa : 4.00-7.00ptg [ waktu rasmi ] sila tepati masa!!
Tempat : Hentian R&R Kinrara, KESAS
AGENDA GATHERING:
- bermaafan dikalangan ahli;
- mengeratkan hubungan siratulrahim;
- berkenalan antara ahli lama/baru;
Untuk meriahkan suasana, adalah DIWAJIBKAN semua yg hadir berpakaian hari raya spt baju melayu + sampin + songkok!! JJ Selain itu, diminta agar diri masing2 membawa sama ‘potluck raya’. Kita akan mengadakan jamuan makan ‘Sate Kajang’ secara tong2 iaitu RM5 sekepala. Bagi minuman & makanan tambahan (ikut selera masing2) dengan ‘bayaran sendiri’.
Bagi rakan2 yg pernah bersama KILLERBEES seketika dulu, dijemput hadir sama & sila sampaikan kepada rakan2 yg tak online.
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN
Sekian, terima kasih.
**************************************************************************************
Laporan Bergambar
For more pixs sila ke link di bawah :
http://killerbees.groups.vox.com/library/post/6a00e398af96dc00040100a802bd76000e.html
Sempena bulan Ramadhan pada bulan September ini, pihak Founder & Moderator bercadang mengadakan Killerbees Charity Drive 2008. Dengan berbesar hatinya, pihak Killerbees menyeru semua region Killerbees bersama2 mengadakan Charity Drive di region masing2 dgn menghulurkan sumbangan ke Rumah Kebajikan, Rumah Anak2 Yatim, Rumah Orang Tua mahupun Rumah Orang Miskin, agar kita sama2 dapat membantu mereka2 di bulan yang lebih mulia ini serta dapat menambah pahala.
Sebagai permulaan, Central Region akan mengadakan Charity Drive seperti berikut:
Tarikh : Ahad 14hb September 2008
Masa : 10.00 pagi
Lokasi : Rumah Kebajikan Anak Yatim & Miskin AL-Munirah
Alamat : Lot 15772, Jalan Johan Setia, Off Jalan Langat , 41200 Klang, Selangor.
Regroup : Kemuning Toll Plaza (KESAS) Jam 9.00 pagi (9.30 bertolak)
Wakil Central Region
1. Azlan Mod : 012-618 8497
2. Kingz : 012-535 1606
3. Zairi : 019-224 2059
Derma & Sumbangan
Pihak "Rumah Kebajikan Anak Yatim & Miskin AL-Munirah" menerima apa jua bentuk sumbangan samada berbentuk kewangan atau barangan keperluan. Bagi pihak Killerbees tidak akan menetapkan jumlah derma & sumbangan yang ahli-ahli nak berikan, ianya adalah ikhlas & mengikut kemampuan semua.
Cara untuk Menderma & Memberi Sumbangan
Kepada ahli2 yang berniat untuk menderma & memberi sumbangan, bolehlah menghubungi wakil2 seperti yg tertera atau boleh hadir sama pada hari Charity Drive tersebut dan juga anda boleh serahkan pada Perjumpaan Rasmi Central Region pada:
Tarikh : Sabtu 6hb September 2008
Masa : 10.00 malam
Tempat : R&R Kinrara, Lebuhraya KESAS
Sekian, terima kasih
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Laporan Bergambar
******************************************************************************************************************************************
Laporan
Assalammualaikum Killerbees'
Setinggi penghargaan kepada rakan2 yang datang dari jauh:-
KEDAH:-
1. Bob wah wah
2. Hafis ( mazda 626 )
KELANTAN:-
1. Adi ( BG SL5938A )
2. Maizie ( BG ex-harun )
3. mamat... ( Plate DAY210 )
4. matyie TM
5. Syed pian (DAX323)
CENTRAL:-
1. Bob Bh ( sweetie yellow )
2. Lan BH silver ( JEK )
Kepada rakan2 yang menang perlawanan bowling & cabutan no bertuah....tahniah diucapkan..bagi yang tak berjaya tu…nanti kita jupe lagi ditahun hadapan…bagi yang tidak dapat menghabiskan perlawanan bowling tu...kerana kesuntukankan masa..hehehe....buleh lawan lagi tahun depan.....insyaallah…majlis tamat jam 7.40mlm. penutup majlis di Pulau Waman ( Bandar tamadun islam )
On be half Kbs’
Maelantis..
Assalammualaikum & Selamat Sejahtera,
Geng "Killerbees",
Setelah diperkenankan oleh our founder Saudara Azlan & Admin Kbs, you all memang sportinglah...Killerbees East Cost Region telah bersepakat antara region Terengganu, Kuantan & kelantan...bersetuju untuk mengadakan satu program iaitu " Merdeka Gathering 2008" yang berlansung di kuala Trg..Kepada sesape yang berasa dirinya free, awek tak marah, bini bagi green light, kereta stendrd, modified tahap gabang, keter slow, laju,,,,anda semua di jemput hadir bagi memeriahkan program ini...kerana tanpa anda semua... tak akan jalan program seumpama ini....harap2 kita dapat memeriahkan lagi acara yang di aturkan....gathering ini terbuka kepada semua region tak kira dimana jua.,.,,,barat ..timur..utara ..selatan...asalkan guna jentera MAZDA/FORD.
Sila bgtau kepada rakan2 yang tak online *
Tempat : Parking Lot Kompleks Sukan Gong Badak ( Tingkat 2 ada bowling mall )
Tarikh : 30 OGOS 2008 ( Sabtu )
Waktu : 11.00am - 5.00pm ( waktu Rasmi )
Agenda Program :
1. Boot Sale di alu-alukan dari setiap region ( Boot sale kembali lagi )
2. Perlawanan Bowling antara Region ( Insyaallah hadiah akan diusahakan, 1 sponsor by someone ..tq bro..hehe )
3. Kenal2 sesama region untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesame ahli baru & yg sedia ada..
4. Selak bonet kereta antara region...hehehehe...acara panas ni…
5. Sesaper yg nak tgok drag, buleh lah datang...psl mlm tu ada drag kat Lembah Bidong...anjuran kerajaan negeri terengganu..( info dari Lan BG biru )..kemungkinan ada...marilah kita menyokong rakan2 kita yg masuk bertanding.,...
Re-Group :
1. 1st Re-Group kat petronas Rantau Abg - 9.00am - 9.30am
2. 2nd Re-group kat Medan Batu Buruk - 10.30am - 11.00am
Untuk butiran lanjut bulehlah contact :-
1. Maelantis - 012-9457640 ( Dungun )
2. Joe BG - 019-9104740 ( Paka )
3. Danial Lantis - 012-9515645 ( Kerteh/ Kemaman )
4. Lan Bg Kuat - 013-9308894 ( K.Trg )
Terima kasih,
On be half Kbs Trg
maelantis
012-9457640
on P5010164