assalamualaikum & salam sejahtera....
untuk makluman semua, setelah berbincang dengan saudara azlan zakaria dan rakan rakan lain, dibawah ni ialah senarai nama nama tempat yg telah dikenal pasti untuk diadakan majlis berbuka puasa untuk group killerbees bahagian tgh, KL,SEL le tu....hehehe
tarikh : 01 Disember 2001 , 6.00ptg
tempat :
1. Shah Village, PJ sebaris dengan DV8, A&W 24 hours RM29.90 nett
2. Kelab Shah Alam, berdekatan Litar Bt. 3, RM32.00 nett
3. Vistana Hotel, Jalan Pahang, KL, RM 30.00 nett
4. Restoran Nelayan Titiwangsa, KL, RM 26.50 nett
pilih la salah satu...
menu tak larat nak tulis banyak sgt... semua harga termasuk 5%tax.
sekiranya
ada bantahan dan cadangan dari rakan rakan semua sila kemukakan sebelum
hari rabu ini, sebab hari khamis adalah hari terakhir untuk
reservation, segala kerjasama adalah amat dihargai, nama nama yg
kemungkinan besar turut serta:
1. azlan zakaria + aweksnye
2. mancai + aweksnye
3. hamzah asonei + aweksnye
4. fird, solo kot
5. nik + wifenye
6. latif, solo(mintak maap sudah tukarr la)
7. zairi + kawannye
8. halim, han solo
9. harun + fiancee (Kensel)
10.faisal + mybabyford= 1 orang saja
so sesape yg berminat nak join boleh la confirmkan dengan aku ataupun azlan sendiri ataupun dengan sesape yg nama diatas sebelum hari khamis ini...update kat sini...
sekian, terima kasih...
yg menjalankan tugas,
fird7493
LAPORAN
Assalamualaikum, salam sejahtera.....
sory
lambt bagi report, very the very bz.... so alhamdullillah majlis telah
berlangsung dengan jaya dan dalam suasana yg amat baik sekali. nasib
baik aku reserve 20org, ngam ngam tuuu....antara member yg datang :
1. azlan zakaria + awek (BF B6T)
2. mancai + awek (BF B6T)
3. hamzah asonei + awek (BF B6T)
4. fird (BF GT B6T)
5. nik (WIRA TURBO)hehehe
6. latif (Interplay B8T)
7. zairi (BD cun)
8. halim (BF 4WD B6T)
9. faisal mybabyford (TX3 B8T)
10. nazril + 2 org kawan (BG B8T)
11. ammir + wife + 2 child (BG GT B6T)
12. eus (x BF B6T)
13. amir sampan biru (TX3 B8T)
14. hisham (BG B8T)
meriah, meriah!!!!itu je yg boleh aku cakapkan, macam macam hal...ade yg sesat, ade yg lambat, ade yg makan simpan stok sampai sebulan, kutuk mengutuk, (yg dtg faham la), hehehehe....makan pun ok gak...
acara :
545pm - aku, nik, zairi, nazril+kawan sampai, lepak sembang sembang
630pm - latif borgiba sampai, risau gak aku ramai tak sampai lagi
635pm - faisal, amir sampan biru, mancai, eus sampai
645pm - majlis ambik makanan, penuh table tuuu...kuat betul makan
655pm - hisham, halim, hamzah sampai
700pm - ammir GT sampai
702pm - berbuka puasa
710pm - azlan sampai (sesat) hehehe
berbuka, makan, sembang sampai pukul 9 mlm, brader kasman & azlan ali tiba, acara seterusnye, lepak gi awan besar plk, ade yg tak join balik, di sana seperti biasa acara tgk keta, keta kasman menjadi tarikan ramai, minum, ade yg beransur pulang, yg bujang lepak lagi sampai pkl 200pg, takde rumah, hehehe
so itu je la laporan majlis ari tu, sory lan lambat bagi....ape ape pun thanks to all, sebab menjadikan majlis tersebut berjaya... tahun depan kita buat lagi....
tunggu gambar dari azlan zakaria...
thanks
fird7493
Hello KBs utagha:
ni senarai orang yang mau pegi ke majlis berbuka posa kita di SM Bayan Baru
1. Kasman + pompuan + 3 hulubalang
2. Abbiey
3. Jan
4. Leon
5. Adi + aweks
6. Cipon + aweks
7. Imry + ???
total : 12 dewasa + 3 budaks
Agenda:
6:00pm: ketibaan KBs dan family/aweks
6:45pm: set meja (bagi aweks + pompuan settle)
7:01pm: buka posa (sembahyang mahrib anytime sebelum isyak) pastu, lepak sampai kena halau.
JANGAN LUPA BAWAK DUIT SECUKUPNYE. DEWaSA : RM23 seorang nanti pengsan aku nak bayor, tak cukup pulak duit nak shopping kat KL hari sabtu nih.
Wassallam.
Kasman Kamis
LAPORAN
Hello and Assalamualaikum...
dah kenyang dah. Urppp!
Seramai 12 orang + 3 bebudaks menghadiri majlis berbuka puasa yang julung kali diadakan untuk KillerBees kawasan utara.
1. Kasman + family
2. Abbiey
3. Jan
4. Adi + aweks kot..
5. Saiful + Aweks
6. USM students X 2 (Alamak !tak ingat nama ,sorry...)
7. Leon + wife
6:00pm : Kasman sampai. memastikan coffee house dah siap buat arrangement tempat bersantap
6:15pm : Abbiey dan Jan sampai
Bukak bonet Abbiey dan tengok setup dia yang baru. Sambil tu, buat sedikit sessi photography. Tengok gambar kat bawah tuh.
Tunggu budak USM sampai..macam-macam kutukan keluar dari mulut kami. Sepatutnye depa tu kena sampai dulu dari kami sebab diorang duduk dekat dari hotel tuh.
6:30 pm : Leon dan wife sampai. Depa pegi shopping dulu kat Sunshine square (shopping complex dekat hotel)
6:40 pm : Bebudak USM sampai 2 kereta. Cipon + Adi
6:45 pm : prepare untuk berbuka. Masing-masing carik tempat duduk dan beratur ambik makanan.
7:01 pm : berbuka Selepas berbuka lebih kurang pukul
8:30pm.
Upacara selak bonnet dimulakan. Kereta Abbiey jadi tumpuan sebab banyak
barang-barang yang changgih dalam kereta dia. Sambil tu, aku (Kasman)
sempat menjual beberapa stick GTX (tempek di fender kiri), Dohc
Turbo(tempek di fender kanan) dan Turbo Intercooled (tempek atas
manifold). Laku jugak. Cuma tinggal 2 set jer lagi , reserved untuk
Chow (ipoh) dan Hisham kot(KL).
9:30 pm : Setelah penat membelek
kereta masing-masing. Majlis bersurai. Kasman dan Leon balik rumah.
Yang lain pegi sambung aktivity perlepakan di Gurney Drive.
Kami bercadang untuk menagakan lagi satu gathering pada hujung tahun ni atau awal tahun depan. tempat belum decide lagi, mungkin di Bukit Merah.
Sorryla kawan-kawan, aku bukan reti nak tulis laporan sehebat Encik Azlan kita...............
Kasman
Guys,
Setelah kejayaan konvoi ke PD beberapa bulan yang lepas, dengan ini tiba le masa untuk Konvoi buat kali yang ke dua pulak, ini le masa geng2 Killerbees> yang tak berpeluang ke PD untuk menyertai Konvoi ke Melaka pulak. Masih lagi ke selatan Malaysia....iaitu ke Pantai Klebang, Melaka.
Sila lihat detail kat bawah :-
Date : 11 November 2001
Tempat berkumpul : Perhentian Awan Besar KESAS
Masa Berkumpul : 8.00 pagi - 9.00 pagi
- Mini Gathering
- Sarapan
- Taklimat Serba Sedikit
Bertolak : 9.00 pagi
Macam biasa....kesemua perbelanjaan & risiko akan di tanggung oleh diri sendiri..ehhehehheheh
Jangan lupa bagi tau pada geng geng KB's yang lain!!!
TQ
Azlan
LAPORAN
Guys,
Sorry sebab lambat tulis laporan sebab aku pi Penang...ehheheheheh
Kat bawah ni ada le serba sedikit laporan. Aku minta maaf kalau ada yang tertambah atau tertinggal!.
9.00++ pagi
[Perhentian Awan Besar KESAS]
Mini gathering berlangsung dengan meriah dimana En Shean & En Amir Sampan Biru datang untuk mengiringi para peserta konvoi ke Melaka, sambil menunggu kedatangan lain lain peserta konvoi. Borak borak, ambik gambar & makan makan. Terima kasih kepada mereka berdua kerana sudi melapangkan masa menghantar kami. Di bawah adalah nama nama yang menyertai Konvoi dari Kuala Lumpur :-
Azlan 323 BF GTX + Awek
Latif 323 BG GTX + Tunang
Harun 323 BF GTX
Evil Boy 323 BF GTX + 3 orang kawan
Fird 323 BF GT
Eddy 323 BD Xgi hybrid BG GTX + anak + kawan
Hisham 323 BG GT
Amir 323 BF GT
Mancai 323 BF GTX
Razali KF TX3 GTR
Lan Pomen
Cat Ultraman Kenyang + kawan
10.30++pagi
Konvoi
memulakan perjalanan yang di kepalai oleh En Latip terus menuju ke
Caltex yang berhampiran. Masing masing memenuhkan tangki kereta mereka
& perjalanan sebenar ke Melaka di mulakan.
Selepas tol Sg Besi, Konvoi berjalan dengan lancar sekali dengan para perserta konvoi begitu berdisiplin sekali dengan hanya dengan kelajuan 110kmh sahaja. Tetapi setibanya di Nilai, En. Cat Ultraman Kenyang pulak buat "panas" di mana beliau telah meracun para perserta konvoi. Di sini kelihatan para perserta konvoi mula berpecah & acara racing secara tak rasmi telah di mulakan.
11.30++pagi
[Perhentian Pedas]
Perserta Konvoi berkumpul semula di samping menunggu 2 orang lagi peserta yang menunggu kami di Perhentian Pedas. Yang 2 orang tu adalah :-
Halim 323 BFMR GTX + isteri & anak
Kevin 323 BF GT + awek + kawan
Setelah berkumpul, perjalanan di teruskan semula ke Ayer Keroh. Seperti biasa....En Latip mengepalai Konvoi dengan penuh dedikasi, 110kmh tak pernah tersasar & para peserta juga bergitu juga. Tetapi "kestabilan" konvoi telah digugat oleh sebijik Hunduh VCRAP plate Johor yang telah menyusup masuk kedalam barisan konvoi dengan cara yang merbahayakan & hampir menyebabkan kemalangan. Sekali lagi konvoi berpecah dimana adegan kejar mengejar diantara geng Killebees dengan VCRAP berkenaan yang di mulakan oleh En Azlan (aku le tu..ehheheh) SO aku mintak maap le kat korang sebab aku sendiri yang melanggar peraturan Konvoi sebab aku tak leh tahan dengan lagak itu VCRAP!
Di sini juga kereta En Latip mengalami masaalah teknikal di mana knuckle keretanya telah tercabut dari lower arm & bold joinnya pecah disamping drive shaftnya tercabut & terpaksa berhenti di Restoran Jejantas Ayer Keroh. En Razali telah memberi pertolongan kepada En Latip.
12.30++tgh
[Tol Ayer Keroh]
Lain lain perserta telah sampai ke Tol Ayer Keroh untuk berkumpul semula disamping menunggu ketibaan En Latip & En Razali yang berhempas pulas untuk meneruskan semula perjalanan. Sementara menanti ketibaan En Latip & En Razali, geng Killerbees menghabiskan masa dengan berkelah, berborak & mencuci mata melihat kereta kereta power yang melalui Tol Ayer Keroh.
Pernantian hampir 1 jam membuahkan hasil dengal En Latip & En Razali muncul dengan keadaan kereta yang tidak memuaskan. En Razali terpaksa berpatah balik ke Kuala Lumpur kerana risaukan keadaan engine beliau yang mempunyai masaalah teknikal dimana valvenya mengeluarkan bunyi yang aneh sesampai RPM3000.
Perjalanan di
mulakan semula ke Bandar Ayer Keroh tetapi perjalanan terganggu semula
dimana kereta En Latip mengalami masaalah yang sama. Setelah diperbaiki
serba sedikit, kereta En Latip terpaksa di tinggalkan di Bandar Ayer
Keroh bagi melancarkann lagi perjalanan jelanjutnya iaitu ke Pantai
Klebang.
Semasa dalam perjalanan ke Klebang iaitu di Jalan Malim Jaya, seorang lagi tanpa diduga telah menyertai konvoi iaitu :
Mie BF Etute with BPT engine + awek
*En Mie ni ialah kawan aku yang secara kebetulan jumpa konvoi Killerbees di Melaka.
3.00++ptg
[Pantai Klebang]
Perut pun lapar gile! Sampai je di Pantai Klebang, semua pun tak lenggah lagi mencari kedai makan untuk mengalas perut. Seperti biasa sesi ambik gambar & menikmati persekitaran pantai Klebang diadakan sebelum meneruskan perjalanan ke Pengkalan Balak.
Semasa dalam perjalanan ke Pengkalan Balak dengan menggunakan jalan kampung, En Boy telah terkeluar dari konvoi dan terus tidak dapat di kesan. Kali terakhir En Boy di lihat ialah di Petronas atau Shell. Boy! Apa jadi kat kau weeii??
4.00++ptg
[Pengkalan Balak]
Pantainya yang agak landai membuatkannya sesuai untuk mandi manda. Sesampai di Pengkalan Balak...masing masing mengambil peluang untuk bersiar siar untuk melepaskan lelah setelah berjam jam di dalam kereta. Aktiviti bebas diadakan. Ada yang kelihatan berjalan jalan di sepanjang pantai, ada yang tidur & tak ketinggalan juga yang mandi manda. Best gak...lama tak mandi laut!!
En Kevin,En Eddy, En Mie & En Halim terpaksa bertolak awal kerana mereka ada agenda masing masing yang tidak dapat dielakkan & yang selebihnya pulak bercadang untuk makan ikan bakar di tepi pantai Pengkalan Balak. Tinggal le nama nama yang di bawah untuk meneruskan konvoi :-
Azlan 323 BF GTX + Awek
Latif 323 BG GTX + Tunang
Harun 323 BF GTX
Fird 323 BF GT
Hisham 323 BG GT
Amir 323 BF GT
Mancai 323 BF GTX
Lan Pomen
Cat Ultraman Kenyang + kawan
Makan
malam agak menarik, sambil melihat matahari terbenam & ikan
bakarnya pun agak sedap kerana ikan yang masih segar dari laut. Ikan
Siakap, Ketam, Sotong, Merah & Cencaru menjadi pilihan untuk
hidangan makan malam....sedap tu!
Perjalanan diteruskan semula pada 8.30++mlm untuk ke Bandar Ayer Keroh untuk mengambil semula kereta En Latip.
Semasa
dalam perjalanan balik semula ke Bandar Ayer Keroh untuk mengambil
semula kereta En Latip, 3 kereta telah terpisah/tersesat dari konvoi
iaitu En Mancai, En Cat & En Azlan & kami mengambil keputusan
untuk menunggu ketibaan Konvoi besar di Tol Ayer Keroh.
9.30++mlm
[Tol Ayer Keroh]
Masaah
teknikal sekali lagi menghantui baki perseta konvoi. Setelah di baiki,
perjalanan pulang ke Kuala Lumpur diteruskan semula.
Perjalanan dari
Ayer Keroh ke Seremban mengambil masa yang agak lama kerana kami hanya
berjalan 50kmh - 60kmh sahaja bagi mengelakkan maasalah berbangkit
semula & dikhuatiri akan mengakibatkan kerosakkan di tenggah
highway. Amir, Cat, Lan Pomen & Hisham BG terpaksa meninggalkan
kelompok utama di sebabkan oleh masaalah masaalah tersendiri yang tidak
dapat dielakkan so tinggal le En Fird, En Azlan, En Mancai & En
Harun untuk mengiringi En Latip balik ke KL.
En Azlan hanya ikut hanya ke Perhentian Seremban je, lepas tu terus balik ke rumah bagi persiapan untuk ke Penang pulak.
Sesampai
di Perhentian Seremban, sempat juga berjumpa dengan En Asone (Hamzah)
yang kebetulan baru balik race di Pasir Gudang Johor.
12.30-1.00++pagi
[Sampai Kuala Lumpur]
Habis dah.
SO, itu le cerita konvoi Melaka. Kepada semua, terima kasih banyak banyak diucapkan kerana sudi memeriahkan Konvoi ke Melaka ini. Walaupun 2 atau 3 tempat lawatan yang terpaksa di batalkan, kerosakkan teknikal menghantui Konvoi namun secara keseluruhan, konvoi ini berjaya mencapai objectifnya iaitu memupuk semangat setiakawan, merapatkan angota Killerbees, mendapat pengalaman baru & yang paling penting ialah kami semua enjoi!
Kepada En Latip...jangan le rasa bersalah sangat sebab kerosakkan kereta anda boleh dialami oleh sesiapa sahaja. Harap harap kereta kau berjaya di baiki.
Dengan ini aku ingin meminta maaf atas segala salah silap & terkasar bahasa semasa kawan kawan semasa perjalanan ke Melaka. Semoga Killerbees terus maju & lebih berjaya di aktiviti aktivitinya di masa masa akan datang.
Terima Kasih
TQ
Yang Menjalankan Tugas
Azlan
Guys
Tiba masanya kita gathering lagi untuk kali yang ke 9:
Date : 06 May 2001
Time : 10.30am
Location : Perhentian Awan Besar KESAS (Sri Petaling-PJ)
Kepada semua ahli egroups baru & lama di jemput hadir. Bagi tau pada kaki mazda/ford yang lain OK??!
Terima kasih
Azlan
LAPORAN
Guys,
Sorry la aku lama dah tak reply mail sebab server Danaharta tak berapa baik sekarang ni & aku pulak sibuk dengan kerja opis.
Pada Ahad lepas, buat pertama kalinya B6_B8 egoups telah dijemput oleh pihak penganjur untuk menghadiri satu perjumpaan gabungan dengan kumpulan2 kereta yang lain yang bertempat di Perhentian Awan Besar iaitu pada hari Ahad lepas, pukul 10.30 pagi - 2.00 petang. Tujuannanya ialah untuk dirakamkan perjumpaan tersebut oleh asiaonair.com & akan dimasukkan ke dalam website mereka.
Lebih kurang 50 buah kereta telah membanjiri lapangan Perhentian Awan Besar KESAS untuk memeriahkan perjumpaan tersebut, antara yang hadir ialah Proton Mania, B6_B8 egroups (Killerbees), Asian Auto, Charade GTTI Club (tapi duduk jauh) & lain lain yang aku pun tak pasti dari geng mana. Yang pastinya ahli ahli Killerbees yang paling ramai sekali selain geng Proton Mania!
Secara umumnya gathering memang meriah & kelihatan macam pameran kereta ...bermacam macam model kereta kelihatan termasuk lah Nissan Skyline, Mazda RX7, Mits EVO3, Proton Saga, Daihatsu "Mira", Mazda/Ford BF & BG, Toyota Supercharge dan banyak lagi la.
Sesi ambik video
& interview juga diadakan oleh pihak asiaonair.com ..adalah lebih
kurang 7-8 orang yang "terkena" termasuklah aku yang tak hensem
ni.....so aku belasah je lah dengan broken English aku!
ahahahhahaahhahahahah.
Hari bertambah larut....lebih kurang pukul
2.00ptg masing masing dah mula beredar meninggalkan tapak perjumpaan
dengan penuh kepuasan dan pengalaman baru. So terima kasih pada abang
abang Killerbees yang sudi hadir. Sekian.
Jangan lupa gathering yang selanjutnya akan datang. Tunggu!!! hehehehheheh
Azlan
Guys,
En Leon Lai sekarang berada di KL & aku nak pergi makan satay (dinner) dengan dia di :-
Tempat : Tempat Biasa!!! iaitu di Perhentian Awan Besar
Masa : Malam ni (05-03-2001, 8.00 mlm)
So sesiapa yang free, nak berkenalan dengan bojan Citytel Penang atau rindu dengan Leon silalah datang malam ni!
Thank's
LAPORAN
Guys,
Pada 8.00 malam bersamaan hari Isnin (05.03.2001) yang lepas. Gathering yang ke 7 telah diadakan sempena menyambut kedatangan En Leon Lai dari Penang. Aku di fahamkan yang En Leon Lai telah berada di Kuala Lumpur sejak hari Sabtu lagi setelah di maklumkan oleh En Alex..ehheheh sape lagi kan??
Gathering start pukul 8.00malam.Hampir 14 buah kereta telah hadir di malam tersebut bersama sebuah Nissan Skyline yang dimiliki oleh kawan Jason yang berasal dari Singapura juga kehadiran 1 buah Mazda BG GTX (merah) & GTR (putih). Sesi mengambil gambar diadakan disamping perbincangan tentang teknikal kereta menjadi agenda utama biasa ler topik hangat ialah VJ20/VJ16 upgrade, Merc Fuel Pump upgrade, FC brake upgrade 4 BG, Add Injector, bumper BG & lain lain. En Shean telah berbaik hati dengan memberi perkhidmatan percuma dengan "menaikkan" (alah ..nak kasi angin panas keluar) hood kereta tidak kurang dari 7 buah kereta...thank's Shean!!
Selepas itu pergi makan malam pulak...macam biasa, satay HJ Samuri sekali lagi menjadi pilihan sambil bercerita pasal kereta ...aku tertarik untuk bila Jason cakap turbine BPT180 ada 2 versi...iaitu VJ16 & VJ20 & kedua dua turbine ni boleh di plug in dengan senangnya dalam B6T!!! Cerita punya cerita ....tenggok tenggok dah pukul 11.00malam. SO masa untuk balik... maklum la esoknya ada orang yang nak Raya & ada sesetengah ahli yang nak beracing di McDonald Bandar Utama pada malam itu.
So..kepada En Leon...harap harap kau berpuas hati dengan layanan yang kami berikan & kami meminta maaf jika ada tersilap & terkasar bahasa...kalau tak puas hati boleh la kita settle kan kat trek! Kepada ahli ahli KILLERBEES yang sentiasa setia pada setiap gathering sekali lagi Terima Kasih diucapkan. Kepada yang takde masa nak datang...takpe..lain kali kita buat gathering lagi.
KILLERBEES
Dear all,
Dengan suka citanya aku nak bagi tau pihak KILLERBEES akan buat gathering yang pertama untuk kelender 2001 ini pada :-
Date : 21 Jan 2001 (Sunday)
Time : [b]10.30am-1.00pm
Tempat : Tempat Biasa! Perhentian Awan Besar Lebuh Raya KESAS(Desa Petaling-Subang)
Makan/Minum : Bawa sendiri.
OK!! Harap korang semua boleh datang dan kalau jumpa geng Mazda/Ford yang lain silakan sebarkan berita gathering ni. Kereta jenis lain juga dijemput hadir sebagai tetamu tetapi NO HONDA VTEC PLS!!
Long Live Mazda/Ford!!!
KILLERBEES
LAPORAN
Guys!!,
Tahniah kepada semua ahli ahli B6_B8@egroups (KILLERBEES) yang sekali lagi telah berjaya mengadakan official gathering yang keempat (kalau campur yang tak official ada 6 gath semuanya..hehehe). Tetapi kali ini adalah yang terbaik sekali berbanding yang sebelumnya kerana bilangan kereta yang bertambah dengan banyak sekali dan kehadiran group kereta dari Daihatsu dan Proton bagi memeriahkan suasana. Tahniah dan terima kasih sekali lagi kepada semua!!!!
Gathering mengikut jadual yang telah ditetapkan iaitu berlangsung di Perhentian Awan Besar Lebuh Raya KESAS. Cuaca agak panas tetapi sedikit pun tak menjejaskan suasana gathering.
Bilangan kereta pada gathering semalam mencecah 48 buah ini adalah kiraan terakhir sebelum aku blah pada pukul 2.30pm. Angka ini adalah campuran sekali dengan geng kereta Daihatsu & Proton lebih kurang 13 buah. Pada 1 jam yang pertama hanya 10 buah kereta sahaja yang datang tetapi bila menjelang tenggahari bilangan kereta mula bertambah dengan banyaknya!! Suasana sangat meriah sekali dengan ahli ahli berkenalan dan berbincang tentang teknikal kereta masing masing.
Sebenarnya kereta Shean adalah yang ditunggu
tunggu kerana ramai yang nak tenggok bagaimana rupanya set-up turbine
VF10 yang digunakan didalam engine B6T nya. Memangnya ler terkejut aku
tenggok itu VF10 turbine...besar giler sial!! kalau tak salah aku
sebesar turbine VJ23 (GTR Mazda). Menurut Shean bila keadaan standard
set up ni running 1.2 bar berbanding dengan standard VJ6-VJ14 yang
standardnya 0.6-0.7 bar...maximum berapa Shean? hehehhe
Sesi fotografi juga diadakan untuk ahli ahli berposing dengan kereta masing masing. Biar seluruh dunia dapat tenggok kereta modified Malaysia yang akan dipaparkan didalam link Mazda/Ford iaitu website KILLERBEES (http://b6_b8.tripod.com/), FCONN (http:// www.frenchconn.streetracing.or g) dan Tune-Efectz (http://www.geocities.com/ atnan2001cars). Gathering berakhir pada pukul 2.00pm dengan ahli ahli beransur ansur meninggalkan tapak gathering.
Pihak KILLERBEES ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli ahli KILLERBEES yang hadir samaada ahli baru atau ahli lama...(kepada ahli baru diharap kamu semua seronok) tak lupa juga pada geng FCONN, Tune-Efectz, Daihatsu Detomaso dan Asian Auto yang sudi datang memeriahkan suasana. Kepada yang tidak dapat hadir..jangan kecewa sebab banyak lagi gathering, konvoi dan underground racing akan berlangsung pada masa akan datang. Akhir kata ...Gong Xi Fa Chai, Selamat Hari Raya & Selamat Tahun Baru kepada semua. Terima kasih.
Long Live Mazda/Ford!!!
KILLERBEES