Killerbees,
Satu konvoi telah diadakan untuk menghadiri majlis perkahwinan rakan kita iaitu Latip Interplay merah. Konvoi telah bermula dari Kuala Lumpur dimana di hadiri oleh kawan kawan dari central. Kemudian konvoi berhenti sebentar di Hentian sebelah Senawang sementara menunggu rakan dari Seremban iaitu sedara Torot B6.
Konvoi meneruskan perjalanan dan keluar di exit Alor Gajah. Tiba tiba konvoi tiba di satu tempat tu, aku pun lupa apa nama nya tapi ketua konvoi pada masa tu iaitu wan gaban telah buat lawak. pusing roundabout kecik yang tak macam roundabout sebanyak 2 kali... kalau satu lagi keta masuk roundabout tu terus jalan jem. Pembuat map ini iaitu encik Latip pun satu, roundabout kecik , dibesarkan dalam map, roundabout besar pulak dikecikkan dalam map. semua bantai gelak heheheehhehe
sesampainya konvoi ke rumah latip, nampak latip tersengih menanti kedatangan kengkawan. jumpa jumpa, makan makan borak borak dan lepas tu tak duduk lama2 terus pi lokasi lepak lain iaitudi Pengkalan Balak.
Selepas dah boring lepak kat situ sambil amik udara segar, kami meneruskan perjalanan pulang.
antara yang mengikuti konvoi ini ialah:
- Abang Amir
- Mie Etude
- Torot
- Chunut
- Harun Mazdaspeed
- Wan Gaban
- Harun Botak
torot
Killerbees,
Sempena bulan puasa ini, satu gath untuk berbuka puasa bersama sama ahli killerbees telah diadakan di Shah Alam Club. Suasana dan stail makan kat sini kira ok lah sebab ada banyak makanan yang di asingkan mengikut gerai gerai. Makan la sebanyak mana yang boleh. Siap ade dondang sayang lagi tu.. ada yang taknak balik tgk awek yang nyanyi dondang sayang tu heheheh. Antara yang menghadiri majlis ini adalah :
- Azlan Moderator
- Amir Gobek
- Chunut
- Amir GT
- Amir Sampan
- Hamzah
- Mancai
- Fird
- Harun Botak
- Peyjal Astna
- Wanz
- Ivan
dan lain lain (sori tak ingat dah)
Dengan kata lain , aktiviti seperti ini memang menarik lebih lebih lagi kalau ade kene mengene dengan makan.....hehe, lepas je makan makan ni , ade yang balik rumah dan ada juga yang pi terus ke awan besar....
torot
Killerbees,
Selepas berapa siri gathering yang telah diadakan, ini mungkin gathering/trip yang terakhir untuk tahun 2002 ini. Perancangan telah dibuat seperti biasa. Lancar dan tiada masalah yang timbul cuma kerosakan minor pada kereta moderator kita . Perjumpaan peserta konvoi diadakan di Projet Taman Melati. Ahli Killerbees yang hadir pada kali ini diantaranya Lan mod, Wanz , Fird, Yunos, Harun Mazdaspeed, Chunut, Amir Sampan , mancai dan lain lain.
Konvoi bermula dan berhanti singgah isi minyak di Petronas Genting Sempah. Menyambung semula konvoi dan akhirnya sampai ke destinasi dengan selamat. Agak kaget disini jika saya katakan, peserta konvoi kali ini amat bersopan santu, takde potong memotong dan nampak baik ... hehehe. Turut menyertai trip kali ini ialah perserta dari ipoh yang membawa BG dan sorang lagi BF biru. Sori la aku tak sempat tanya nama.
Sesampainya di lokasi, acara terjun sungai bermula. Bekalan makanan ada jugak yang bawak, sandwich yang aku buat ... habis tu... first time aku buat sandwich banyak2 dan habis. Pastu aku bawak pisang dan gantung kat pokok, sapa nak amik... tapi aku tak nampak pun sape yang amin......
Peristiwa lawak di kali ini ialah dimana ade sorang mamat tu nama dia amir, hisap rokok sorok2 pastu kantoi, pass kat kengkawan, pastu datang balik mintak balik... ada ka patut... podah...
lebh kurang pukul 3 / 4 petang, peserta mula packing untuk balik. sesi bergambar diadakan membelakangkan hutan hijau yang cantik dan memukau.
Perjalanan balik amat tidak disangka2 . Lebah yang disangka bersopan semasa datang tadi telah berukar menjadi HKS(hantu kawan setan) masing masing besit tak ingat... padanlah...turun bukit la katakan.
Allhamdulillah semua berjalan lancar... semoga trip seperti ini dapat diadakan lagi d masa hadapan...
hidop killerbees
torot
Killerbees,
Selepas penat bekerja seharian dengan tugasan masing2, kini tiba masanya untuk kami menyendiri dan berehat sambil memikirkan masa depan Killerbees. Gathering ini hanya gathering kecil kecilan. Konvoi bermula dari central dan behenti sebentar di Seremban untuk menunggu saudara baru Killerbees iaitu Torot. Tetapi beliau lewat sedikit dan mengejar dari belakang. Tak terkejar, sampai PD baru jumpa. Heheheh. Gathering mini ini aan bermalam di NUBE beach. Turut menyertai gath kecil ini ialah Sham dari Seremban yang menggunakan kereta BF B6T original.
Beberapa rakan yang tak dapat malam mengundurkan diri pada waktu petang setelah penat main air sambil main bola cop. Aduh , merah badan kene empuk ngan abang amir. Turut diadakan aktiviti memancing yang mana ianya diakhiri dengan mandi manda. Manataknya, baling umpan tempat orang mandi...hahaha mana ade ikan.
Diharap gathering kali ini dapat memberikan sedikit kelegaan pada pendokong2 Killerbees sekelian dan harapan supaya diadakan lagi gath seperti ini. Sekian terima kasih....
Thanks Killerbees!
TOROT
Killerbees,
Selepas bersukaria di Sg Tekala, sampai le masa untuk kita pergi ke Air Terjun Ulu Yam pulak. SO ini le peluang pada sesiapa yang tak dapat pergi ke Sg Tekala untuk menyertai konvoi. Di jemput pada kesemua ahli ahli Killerbees untuk memeriahkannya. Minimum 5 helai kereta untuk menjadikan Trip ini kenyataan, below 5 bijik kereta Trip ini akan di BATALKAN.
Detail ada kat bawah :-
Date : 10 March 2002 (Sunday)
Time : 9.00 Pagi Tempat Berkumpul : Perhentian Awan Besar KESAS
Makan/Belanja : Tanggung Sendiri*
Perjalanan akan mengambil masa selama 45 minit sahaja. Permandangan memang tip top.
Tol : RM1.20 di KESAS itu je
Tolong kompermkan sebelum 06 March 2002 sebab nak tenggok berapa ramai yang nak pegi. Sila letak nama, telipon number & model kereta anda di list bawah untuk penyertaan :-
1. Ammir GT - Mazda BF GT
2. Azlan - Mazda BF GTX
3. Kelvin - Mazda BF GT
4. Kawan Kelvin - Mazda BG GT
5. Bro Amir - Mazda BG GT
6. Yusri Sampan Hijau - Ford KF TX3
7. Shawn Oii - Mazda BF GLX
8. Jasni - Mazda BG GT
9. Chunut - Mazda BG GT
10. Mancai - Mazda BF GTX
11. Hamzah Asone - Ford KH Laser tapi bawak Proton Waja
12. Amir Sampan Biru - Ford KF TX3 tapi bawak Proton Wira
13. Bro Eddie - Nissan Cefiro RB20
14. Fird - Mazda BF GT
15 Mohd Zalfizi - Mazda BF GTX
* Kat Ulu Yam ada gerai gerai menjual makanan tapi membawa makanan/minuman dari rumah pun sangat digalakkan. Kalau ada cadangan & pertanyaan sila diskuss dalam egroups.
TQ
Azlan
LAPORAN
Guys,
Kat bawah ada sedikit laporan mengenai Konvoi Ke Wood Resort Ulu Yam. Simple simple punya sebab aku BZ sikit kat opis!
Sape yang pergi :-
1. Ammir GT - Mazda BF GT
2. Azlan - Mazda BF GTX
3. Kelvin - Mazda BF GT
4. Kawan Kelvin - Mazda BG GT
5. Bro Amir - Mazda BG GT
6. Yusri Sampan Hijau - Ford KF TX3
7. Shawn Oii - Mazda BF GLX
8. Jasni - Mazda BG GT
9. Chunut - Mazda BG GT
10. Mancai - Mazda BF GTX
11. Hamzah Asone - Ford KH Laser tapi bawak Proton Waja
12. Amir Sampan Biru - Ford KF TX3 tapi bawak Proton Wira
13. Bro Eddie - Nissan Cefiro RB20
14. Fird - Mazda BF GT
15 Mohd Zalfizi - Mazda BF GTX
Kalau aku lupa nama sila bagitau aku yeeah..biasa la manusia kengkadang lupa.
9.00 pagi
Berkumpul sambil menikmati sarapan pagi, chit chat, ambik gambar & acara selak hood.
10.30 pagi
Bertolak ke stop pertama iaitu di Projet Gombak berdekatan dengan UIA.
11.00 pagi
Sampai di Projet. Berkumpul semula. Sesi bergambar & perjalanan dimulakan semula. 1
2.30 tgh
Sampai
di area Hulu Yam dimana Blue Mazda GTX misteri, Jasni & Amir Sampan
Biru join kumpulan Konvoi. Mencari tempat yang bersesuaian untuk
perkelahan & madi manda.
1.00 tgh - 4.00 ptg
Sampai di
Wood Resort. Acara bebas di mana kelihatan geng Killerbees bermandi
mana, membaca, bersuka ria, bawa awek jalan jalan, makan, bergambar,
berkelah & macam macam lagi le. heheheheheehh
Wood Resort ni memang best! tempat yang bersih dan selesa. Bayaran sebanyak RM1 untuk 1 kepala dikenakan. Banyak kemudahan asas disediakan seperti parking yang banyak, tandas,kawasan memancing, tempat persalinan, pondok pondok berkelah, tempat berkhemah, tempat makan & lain lain. Kelemahanya ialah airnya yang agak keruh. Mungkin disebabkan oleh kehadiran pengunjung yang ramai.
4.30 ptg
Bersiap sedia untuk balik. Sekali lagi sesi bergambar di parking lot yang berdekatan. Chit chat lagi pasal kereta.
5.00 ptg
Perjalanan pulang di mulakan.
Semasa perjalan pulang, kemalangan telah menimpa Kelvin dimana keretanya telah di langgar oleh sebuah Wira dari belakang. Geng geng Killerbees turut serta dalam perbincangan dengan pemilik Wira. Akhirnya pemilik Wira bersetuju memberikan sejumlah wang kepada Kelvin & perbincangan diadakan dengan baik sekali walaupun ada sedikit ketegangan pada mulanya.
Apa yang aku herankan ialah kereta Kelvin hanya mengalami sedikit kerosakkan berbanding dengan Wira yang remuk di bahagian depannya. Keras jugak body Mazda/Ford ni ehh??!
Perjalanan di mulakkan semula dimana segelintir ahli Killerbees berpecah kerana ada dikalangan member yang ingin terus pulang ke rumah terutama geng yang duduk jauh seperti di Seremban.
6.00 ptg
Dinner di
Restoran Rumpun Serai yang terletak di Bandar Baru Selayang. Masing
masing kepenatan & kelaparan, ambik gambar pun dah tak larat.
Melantak tak ingat! kakakakakkakakakak. Biasalah berborak bercerita
mengenai perjalanan yang baru ditempuhi & pengalaman masing masing.
7.00 mlm
Bersurai dimana masing masing pulang mengikut haluan sendiri.
7.30 mlm
Semasa
perjalanan pulang. Kereta Mancai pulak drive shaft tercabut di hadapan
Shell highway Gombak. So datang lah kengkawan memberikan pertolongan
seperti Ammir, Fird, Azlan, Cat & Lan Pomen. Biasa la kan pomen
pelingkup. Bukak Knukle sampai 6 orang!! miuhahahahahahhahahah
Hampir pukul 10.00malam baru settle & bersurai
Dah habih dah.
Trip kita semakin hari semakin menarik. Konvoi leader iaitu En Ammir GT pun telah berjaya dalam tugasnya, ahli ahli yang lain memberikan sepenuh kerjasama untuk memastikan konvoi berjalan lancar. Perserta2 Konvoi juga menunjukkan kematangan & kesabaran yang tinggi bagi mengharungi konvoi yang mencabar. Semangat kerjasama & setiakawan juga kelihatan & yang paling penting ialah kita semua seronok bila berkumpul bersama sama ahli Killerbees yang lain bagi bertukar pendapat. Ahli ahli juga tidak kedekut memberikan tunjuk ajar kepada ahli yang memerlukannya.
Akhir kata, aku ingin meminta maaf jika terkasar bahasa sepanjang Konvoi diadakan....jangan simpan dalam hati. Kepada yang tak dapat join konvoi ni walaupun disebabkan apa apa alasan pun ........jangan le risau! Next time ada lagi konvoi...no heart fellin punya.
Hidup Ford! Hidup Mazda & Hidup Killerbees!
TQ
Yang babyface,
Azlan
Hello:
Ni satu lagi laporan ringkas , konvoi ke kenduri encik Nazri
aka Buttersucks (lepas nih tak payah nyoyot mentega lagi hehehehe)
convoi bermula dari seberang Jaya, rumah kasman.
1:50pm: Addie (TX3 B6) dan kawanye (sorry lupa nama hang) sampai
1:52pm: Jan pulak sampai. dari jauh dah nampak seat merah dia!
2:00pm: Abbie , wife dan anak sampai. Dapat sambutan hangat sebab enjin panas !!! dan cat baru. berkelip-kelip...
2:03pm: leon talipon dia on the way, so kita orang decide mau jalan dulu
2:05pm: bertolak ke Bagan, diketuai oleh kawan addie , sebab dia tu jiran Nazril asap putih keta Ford interplay mengiringi convoi kami. By the way, aku bawak wife dan Faiz (ni budak memang takble tinggal)
2:15pm:
sampai ke dewan tempat kenduri. Nazril dan wife dia sambut dan
masing-masing beratur amik makanan dah terlepas majlis
persandingan...frust jugak kalau tak boleh amik gambar Nazril dan
Killerbess atas pelamin
2:30pm: Leon and wife sampai pulak
2:40pm: selesai makan + sembang . sessi photograpi dengan pengantin
3:00pm: tinggalkan kenduri dan pergi ke Pantai Bersih untuk mini gathering dan sessi pergambaran. sessi selak-menyelak bonnet dijalankan. tumpuan pada keta Abbiey dengan setup dia yang baru , wastegate, meter dan cat baru. Faiz (anak aku), pun sibuk membelek enjin Jan dan abbiey.
3:40pm: bersurai.
Masing-masing dengan agenda sendiri.
From :
Kasman - Killerbees Penang
Lapuran ringkas..
Sapa datang:
1. Shean
2. abbiey
3. Jan
4. Adie USM
5. Kasman + wife (merakap camera person) + Faiz
Sembang pasai ape:
- experience encik shean dan keretanye.
- bab berkhatan , shean pun potong jugak!
- setup keta shean. Perbincangan hebat dengan encik abbiey. kami cuma dengar jer
- setup untuk vf10 masuk BPT. Kasman sangat berminat untuk mencubanye.
- surge tank punya kegunaan. shean ciplak cusco punya, tapi memang cun.
- merapu sikit-sikit ni gambar sekitar gathering tersebut.
Ni yang low res punya, untuk website, aku akan email directly to encik Azlan yang high res.
From :
Kasman - Killerbees Penang
Guys & Gals,
Aku bercadang nak buat trip ke Sg Tekala Hulu Langat untuk kita bermandi manda & menenangkan fikiran pada :
Date : 27 Jan 2002
Time : 10.00 pagi
Tempat Berkumpul : Perhentian Awan Besar
Makanan/Belanja : Sendiri Tanggung*.
Perjalanan hanya mengambil masa 30 minit, Ikut jalan kampung. Permandangan memang cantik & menyegarkan.
Tol : RM1.20 di KESAS
RM .50 sen di Plaza Phoenix
Tolong komperm cepat sebelum 23/01/2002 sebab nak tenggok berapa ramai yang nak pegi. Sila bawak baju mandi & sape yang nak memancing boleh le bawak joran.
*Kat Sg Tekala pun ada banyak jual makanan, so tak payah bawa banyak makanan dari rumah.
Kalau ada pertanyaan & cadangan. Sila diskuss dalam egroups.
TQ
Azlan
LAPORAN
Guys,
Tahniah kepada semua ahli Killerbees yang telah menjayakan konvoi ke Sg Tekala Hulu Langat. Trip ni boleh lah dikatakan berjaya kerana kesemua ahli Killerbees begitu berdisiplin, perjalanan yang takde banyak masaalah & kami semua betul betul enjoy mandi air sungai yang begitu sejuk lagi menyegarkan. Best Giler!!!!.
Kat bawah adalah antara geng K/bs yang megikuti konvoi :
1. Azlan BF GTX
2. Hamzah Asone BF GTX
3. AMmir BF GT
4. Mancai BF GTX
5. Amir KF TX3
6. Yusri KF TX3
7. Peter KH Laser
8. Hisham BG GT
9. Bro Amir BG GT
10. Halim BFMR 4wd GTX
Yang mengiringi Konvoi pulak :
1. Bro Kasman KH Laser
2. Pe'O Mazda 626
3. Latip BG GTX
4. M Azlan Ford TX5
5. Eric BG GT
6. Mie KH Leser
10.00-11.00 pagi
Menunggu kedatangan ahli ahli K/bs, lepas tu show off kereta masing masing, sarapan & sesi mengambil gambar beramai ramai.
11.15 -12.00 pagi/tgh
Perjalanan
dimulakan ke Petronas berdekatan dengan Plaza Pheonix di Lebuh Raya
Cheras - Kajang dimana Amir Sampan & Halim menunggu. Kemudian terus
ke Plaza Tol yang berhampiran dimana Abg Zul sedia menanti untuk
membawa peserta konvoi ke w/shop AZTECH Motor Sg Serai untuk
memperkenalkan w/shopnya kepada ahli K/bs.
12.00 - 12.30 tgh
Sampai
saje ke w/shop AZTECH Motor, sesi perkenalan di adakan, sesi bergambar
& makan jamuan ringan yang di sediakan oleh pihak AZTECH Motor.
Sedikit mengenai AZTEC Motor :
W/shop ni di asaskan oleh Abg Wan (TX3) & Azman yang terletak di tepi jalan Sg Serai, Hulu Langat. Khidmat yang diberikan termasuklah convertion engine, ketuk & cat & pelbagai mode. Mereka ni agak mahir dengan B6 & B8, sebab tu kebanyakkan pelanggannya pakai Mazda/Ford. Sape yang berminat boleh hubungi no ni :
Pomen Azman (019 281 3926 )
Cakap geng K/bs..mudah mudahan dapat special price.
12.30 tgh
Perjalanan di teruskan ke Sg Tekala.
1.00 ptg
Perjalanan agak menyeronokan kerana permandangan yang agak menarik terutama di Empangan Semenyih.
Sesampai di Sg Tekala...Apa lagik!! ddduusshh! Mandi manda..peehh!! air sejuk gile..badan pulak tenggah panas! Best! Best!. Kat Sg Tekala kelihatan geng lebah telah transform menjadi geng beruk. Aksi Lompat melompat kelihatan..lepas tu ambik gambar plak...lepas tangan kecut semua naik & bersedia untuk balik
3.30 ptg
Ambik gambar reramai & perjalanan balik dimulakan. Spt biasa....balik sendiri sendiri le....Adios!
Terima kasih kepada semua peserta Konvoi & juga geng K/bs yang sanggup datang mengiringi peserta konvoi. Aku ingin meminta maaf jika ada sebarang salah laku atau terkasar bahasa sepanjang sesi "Trip ke Sg Tekala" diadakan. APa yang kelihatan ialah semangat setiakawan K'bs samaada yang baru & yang lama sangat membanggakan. Tolong bagi tau kalau aku lupa mention nama sesiapa.
Kepada yang tak dapat ikut...takpe...tunggu Konvoi2 yang seterusnya yang bakal diadakan di sepanjang tahun 2002. Lepas ni kita tunggu 1st Monster Gath yang masih dalam peringkat perancangan. Kalau Monster Gath ni tak jadi...kita akan terus buat Official Killerbees Get Together 2002 pada bulan Feb atau March.
Sekian...Hidup Killerbees! Hidup Ford!! Hidup Mazda!!
TQ
Azlan