Guys,
Gathering program :
0830 : Peserta gathering yang datang dari area Shah alam Subang , Kelang dah berkumpul di Restoran Khulafa , SS20 Shah Alam. Minum2 dan tunggu semua siap dalam pukul 0920 kami bergerak ke Shell Batu 3. Antara yang hadir time ni ialah Chunut, Torot , Fird , Landugongz, Fidi, Piee , Yusoffi, Brader Yamin, Brader Kasman ( utara mali ) dan Nan Udang.
1000 : First trip Killerbees sampai ke tapak gathering. Kami booking 2 row lagik sebab kami rasa kami besar heheheheh . Memang betul per... itu pon nasib baik parking side mirror laga ngan side mirror.... Sepatutnya pihak penganjur saspek ngan kita lebih sket sebab penyertaan terbanyak yang sekaligus menunjukkan kesatuan dan perpaduan yang di tunjuk kan oleh Warga Killerbees.
1100 : Second trip Killerbees sampai ke depan gate tapi haru sket sebab pulis tak kasik masuk kerana jammed depan tuh.... so bila clear diorang masuk balik ( letih aku jadik polis trafik haritu ). Kami paham bang pulis...... Antara yang hadir ialah mereka yang dari Johor Bahru iaitu Mezee dan Jared . Thanks brader sebab dtg dari jauh. Begitu juga yang datang dari pantai timur .. terima kasih kepada korang semua kerana memeriahkan suasana . Tak lupa pada peserta tuan rumahyang datang dari area Gombak dan sekitarnya. Mereka yang menjadi kepala konvoi untuk 2nd trip nih.
Warga Killerbees mula parking rapat2 sehingga bleh muat area tu lebih kurang 40 bijik kereta Mazda dan Ford.......... terdengar juga suara brader2 organizer tu menjerit bila gang mazda nak sampai. " Weyy!!!! Gang mazda ford sampai woiiiiii , wei bukak bukak!! , woiii " .... Antara yang tiba kemudian ialah Encik Moderator kita , Azlan, diikuti dengan Brian and shawn dan perelih.
1300 : Warga Killerbees yang hadir perlu diberi tabik hormat , tabik springg, tabik saspek sebab ketebalan kulit mereka menahan cuaca panas, walaupun adr yang serender dan pulang. Ada juga yang merayau rayau di kawasan karnival autosaloon.... Warga Killerbees yang merayau rayau tu juga turut merayau ke 2 bijik kereta wakil killerbees yang masuk auto saloon. Mereka ni dtg dari jauh di pantai timur gitu...... Tahniah kerana salah seorang dari mereka mendapat tempat ketiga dalam pertandingan autosaloon tersebut.
Ada juga sampai 3 4 kali pusing ditempat sama..... dengan kata lain... "macam2 ada" , ada yang rajin pi ke kereta Kenari kuning tu, ada yang pi tengok enjin letak sunroof, letih la nak masuk sume......
1430 : Sessi penamat gathering ...... majoriti dari kami hendak beransur pulang sebab dah lama sangat. Walaupun pihak penganjur menjadualkan kami pulang pada pukul 5 tetapi kami rasa itu amat mustahil. Sekali lagi tepukan harus diberikan kepada warga killerbees kerana rata2 group/ club kereta yang lain semuanya telah pulang seawal2nya. Tetapi Killerbees masih static di situ , tambah kereta ader ler.....
total listing official yg datang pada pagi tu ialah 41 buah kereta. (nama yg ada dalam listing event)
last minit show up - brian
- shawn
- 2 wakil eastcoast yg masuk pertandingan (wakil killerbees)
- Lan Moderator
- Perelih
total of 46 cars
Tengkiu kepada semua yg hadir. Aku sampaikan juga ucapan terima kasih dari pihak penganjur kerana sudi datang memeriahkan acara best of the best autosaloon. Tujuan yg sebenar pihak penganjur jemput kita kerana ada wakil pihak berkuasa (JPJ,Polis)yg datang tengok event tu - bila diaorg tengok banyak participation dari golongan modded cars yg masih mematuhi undang2, di harap event2 yg akan datang tidak ada gangguan dari mereka. kepada yg nak sijil penghargaan (ada sikit je lagi, aku rasa tak cukup nak bagi kat semua ) bole le mendownloadnya nanti.....( akan disediakan kemudian )
Terima kasih kepada yang datang dari jauh, bang kasman dari utara... mula mula tak jadik tapi bikin sampai jadik, dari JB mezee dan jared , dari pantai timur yang bersemangat nak join kami di central region nih.... Thanks a lot pada korang.....
Akhir kata kalau ader tersalah kata dan terkecil hati semasa bergathering, kami meminta maaf dari hujung bumper depan sehingga ke hujung muffler HKS .... hheheheh.........kami akui gathering kali ini banyak kekurangan terutama dari segi Program . Maklumlah, last minit punya info. Harap semua happy dan next time kita buat yang lebih baik ok........
sekali lagi terima kasih, Go Killerbees!!!
p/s sapa tau keputusan pemenang autosaloon?
- senarai peserta akan dikluarkan kemudian....
thanks pada semua yang hadir sekali lagi!!!
GO KILLERBEES!!
torot/chunut
Guys....
Satu gathering Killerbees kawasan selatan telah berjaya di adakan seperti yang dirancangkan. Ini bukannya kali pertama gathering ini diadakan . Cuma pada kali ini mungkin sudah tiba masanya untuk gathering2 seperti ini di war warkan dan dijadikan report untuk dikongsi oleh warga Killerbees yang lain.
Masa yang dijanjikan adalah pada pukul 9.30 malam, macam biasalah..mesti lambat punye..aku datang bawak adik dan tumpangkan Ijam B6T sebab keter dia masalah, brake belakang dan lekat sebelah...kami adalah yang terawal sampai tepat jam 9.30.
Selepas itu Nazri PAY tiba bersama aweknya. Nazri adalah geng Nothern yang masih belajar di JB.Geng berikutnya yang tiba adalah Zuki lantis bersama aweknya. Selepas itu, jurugambar geng JB iaitu Muz210 tiba.
Setelah puas menunggu yang lain2 tiba, kami pun pegilah minum. Dalam pukul 10, Rahimi datang bersama sorang anak dia membawa berita bahawa orang rumah baru bersalin 1 hari dapat anak lelaki.
Dalam jam 10.45 sorang geng baru tiba, Zaid bersama tunang dia. Zaid menggunakan kereta Capella CG. Dia menceritakan masalah kereta dia dan on the spot Rahimi menelefon pomen kereta dia. Pomen datang ke tempat parking kereta dan terjadilah sesi belek membelek enjin. Enjin yang digunakan adalah dari model FE NA. Sesi tuning berakhir pada jam 11.30 malam dan semua bergerak pulang ke haluan masing2.
Jumlah geng yang hadir:
- Tarmezee (aku ler )
- Nazri PAY
- Zuki lantis
- Muz210
- Ijam B6T
- Rahimi
- sorang geng baru malam tu Zaid.
Walaupun hanya 7 kereta, semangat ingin bergathering bersama2 seperti ini harus dipuji. Diharap gathering akan datang dapat menarik lagi peminat2 mazda dan ford untuk bersama2 berkongsi cerita, pengalaman dan ilmu sesama sendiri apabila menyertai kelab ini.
Selamat maju jaya Killerbees Southern!
Tarmezee
Parking Stadium Sultan Mohamad ke-IV
Assalamualaikum dan salam sejahtera.....
Tarikh : 16/11/2004
Masa : 10.30am
Tempat : Parking Stadium Sultan Mohamad ke-IV
Kehadiran Gathering pada hari tu
1. Harun - BDJ 2869 (BG)
2. Aidie - BDV 452 (BG)
3. Jared - JEB 2155 (Lantis)
4. Pokya - WBG 8784 (BF)
5. Mat Duan - DS 9808 (TX3)
6. PudinDV - DV 4778 (BG)
7. Iman210 - WDC 6889 (BG)
8. Arman - KV 6904 (Interplay)
9. Pesal - ABS 9595 (BG)
10. Fizi - WCB 982 (BF)
11. Syarol - PCM 8133 (BG)
12. Hafiz - JCS 1282 (BG)
13. Li - WCY 6982 (BG)
14. Sheril - BCJ 35 (BG)
15. Pok Nik - WCX 9965 (BG)
Turut serta Pajero JPJ Ronda WJQ 4244 sebagai pemerhati dari jauh.
Yang paling awal sampai ke tempat gathering ialah orang yang paling jauh sekali - Harun, Aidie n Jared. (Jared, TQ kejut aku..hehehehe)
Aktivti pertama - Salam raya, lelong stiker, dan acara yang tak bleh tak buat - bukak bonet dan tenung enjin. Kali ini, acara nih meriah sbb 1st time tengok Interplay sumbat enjin V6 (courtesy of Arman..TQVM). Ada seorang member kita tu sampai tak berkelip mata tengok enjin V6 tuh.. hahahahahahaha...
Akitivi ke-2 - minum air kat gerai di stadium. Omputeh kata untuk `break theice`. Sambil minum2, cadangan konvoi dikemukan. Setelah diskas kaw kaw , majoriti setuju untuk konvoi ke Pantai Irama. Konvoi dikepalai oleh PoKya (wakil tunggal BF..sedih sedih...). Keter Iman jadik tumpuan sbb bunyi ekzos dia brutal tahap dewa dewa. Mat Duan, Fizi dan Arman tak dapat join konvoi ulung KB`s Kelantan kerana ada hal.
Aktiviti ke-3 - Setelah sampai ke pantai irama dalam lebih kurang kul 2 gitu, kitaorang cari gerai untuk makanan ringan - air nyo dan kropok lekor. Masa sampai sana, orang dah kira ramai, jadi nak parking n atur keter cantik cantik susah. Sebab tu takde gambar keter susun cantik cantik kat pantai sana.
Aktiviti ke-4 - Sblum bersurai, sempat lagik belek enjin keter Sheril. Pas tu, amik gambar ramai ramai dan lebih kurang kul 3 lebih gitu, bersurai. Konvoi balik KB.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.....
Masa yang ditunggu tunggu!
Untuk
pengetahuan kengkawan semua, satu buffet buka puasa killerbees telah
dirancangkan dan di finalisekan mengikut kreteria2 tertentu. Jadi
dengan ini dimaklumkan majlis ini akan diadakan spt berikut:
Tempat : Royal Selangor Golf Club , Jalan Tun Razak
Tarikh : Ahad , 31st Oktober 2004
Masa : Sebelum buka datang la terus sana
Bayaran : dewasa RM30 kanak kanak RM16
Menu : lampiran
Kepada yang terasa hendak berbuka puasa bersama artis artis terkenal killerbees , inilah peluang untuk anda semua makan brsama sama mereka sambil meminta autograph Then lepaih makan kita main golf bersama artis2 killerbees ini.
Kepada yang konfem nak pi sila letak nama dan no tepon di bawah :
sebelum hari Khamis ni untuk booking final ngan pihak Royal Selangor.
1. Torot - Interplay - 01263447832. - seorang
3. TaWiLz - LaserTX3 - 0123650207 - 2 orang
3. AzlanZ - 323 BG GT - 0126188497 - 2 Orang
4. Iman - Mazda BG - 012 213 5886 - 1 orang
5. AzWaN - AstiNa - 0162845509 - seorang sahaja
6. Rudy - Astina B8 - 0133435082 - 2 orang
7. Chunut - BG GTX - 0193171286 - 2 org
8. Harun the Katik - BG GTX - 0126943306 - SATU WORANG
9. Mie Etude - Etude - 0133975537 - satu orang
10. Wanz Gabanz - BGGTX tak siap siap - 0162701900 - satu orang
11.
gokillerbees!
torotwer
Laporan
Assalamualaikum dan salam sejahtera.....
Alhamdulillah majlis buka puasa cawangan central berjalan dengan lancar. Majlis kali ini telah di adakan di tempat yang telah di rancang. Kebanyakan dari mereka , first time pi tempat ni. So kene guide diorang untuk masuk. Tpt ni agak private sket sebab bukan sebarang orang bleh masuk, tapi killerbees boleh masuk hahahha......
5.30 Mereka yang dari subang berkumpul di RnR Kinrara manakala mereka yang dari area Gombak pulak berkumpul di Victoria Station.
6.00 Antara yang sampai
dan dapat tpt parking cantek ialah chunut BG, nazri BF , Fidi BF dan
Tawil KE. Yang awal ni pi amik tempat yang telah di booking siap ade
tag KILLERBEES lagik. Bayangkan dah la tempat mat mat kaki kaki Golf
ramai kat situ, tetiba la pulak ader signboard Killerbees... orang pon
tertanya tanya "killerbees"???
Sambil2 tu webmaster mengadakan sessi kutipan contribution untuk website www.b6b8.org. Kepada yang telah menderma di ucapkan jutaan terima kasih.
7.00 Kebanyakannya dah sampai dan terus mengambil makan. Alhamdulillah sessi amik makanan takderlah pack sangat. Meja pun banyak kosong so nak pilih makanan tu boleh la lama lama sket. Antara yang hadir.....
- torot interplay n Wan gaban
- Chunut BG n tunang
- Fidi BF
- Nazri BF
- Tawil KE
- Din 210 ngan Harun Katik
- Azwan skool boy
- Mie Etude n wife n Baby
- Rudy Astina n wife
- Lan Moderator
- Bro Omar MX3 n family
- Yusman MX3 n family
- Hisham TX5 n family < kira declare ahli baru la nih ehh hehhehe
total 23 dewasa n 5 kanak kanak ( ngam ngam )
8.00 Masih sessi makan tak habis habis..... sambil 2 borak tu kelihatan mr azwan da skoolboy mengutip duit makan. Thanks to azwan sebab tolong aku kutip duit. Ada duit terlebih rm10 tak tau nak distribute camana so aku rasa elok masuk dalam tabung website. Harap korang halalkan je le ehhh......
8.30 Dah azan isyak ni masih taknak berganjak lagi diorang ni. Mungkin masih belum berbaloi kot. Sehingga di panggil untuk sessi bergambar beramai ramai.
9.00 sebelum balik, berkumpul di kawasan parking dan tengok pertunjukan bunga api dekat KLCC muahhahaha
Terima kasih kepada yang telah join Majlis buka puasa Killerbees Central 2004 nih. Diharap kalau ader kekurangan dan salah silap, kami minta mahap bebanyak. Aku pun first time handle majlis buka pose killerbees ni. Tak biasa lagi. Kalau hidangan kureng tu harap next time kita boleh pilih menu yang lain.
Kepada yang tak dapat datang dan cancel last minit tu, takpe , takyah rasa rugi sebab insyallah tahun depan kita akan buat lagi ok. Kepada yang dah menderma untuk website , ribuan terima kasih pada korang.....
GOKILLERBEES!
yang melaporkan
torotinterplay
Assalamualaikum dan salam sejahtera.....
Jemputan dibuka kepada semua ahli Killerbees & keluarga masing2.
Tempat: Hotel Park Avenue , Sungai Petani (sebelah tol SP selatan)
Tarikh : 30 hb Oct 2004
$$: RM27 nett (5 tahun ke bawah PERCUMA)
Menu : sila rujuk lampiran yang disertakan (kampung style)
logistic:
1. bagi yang datang dari selatan, diminta berkumpul selepas TOL
sungai 2 pada pukul 6pm (kasman,Man Cgate,Din210 & lain2)
2. bagi yang datang dari K/batas, pegi terus ke Hotel pada pukul
6:30pm (Mr. Abbiey, Mie210, SyamB6 & lain2)
3. lain2 tempat pi tunggu kat Hotel kul 6:30pm
4. Punggut wang buffet siap2. Supaya senang usrusan selepas makan.
Sila sediakan wang secukupnya.
Sila senaraikan nama dan jumlah pax yang bakal hadir. Senarai ini
diperlukan pada hari isnin 25hb Oct 2004, untuk memastikan kita akan
dapat tempat secukupnya pada hari tersebut, Kerjasama ada sekelian
amat dihargai.
Sila rujuk lampiran.
30% deposit diperlukan, jadik aku bayar dulu. So diharap semua yang dah
register dapat hadir.
Target sampai di Hotel 6:30pm.
dari arah selatan, tunggu di tol sungai 2 kul 6pm.
yang dari lain2 tempat tuh. sila pandai2 kasik sampai 6:30pm
agenda di Hotel:-
6:30pm : punggut duit buffet (RM27 per pax >5 tahun, FOC untuk <5tahun).
(hotel sekarang mau amik duit sebelum duduk, dia takut orang cabut lepas makan)
6:40pm : punggut duit lagi...untuk website kita . amount tak kisah punya.
6:50pm : amik tempat duduk dan amik makanan.. (jangan makan lagi, nanti batal
posa)
ok, tu jer, jumpa di sana...
berikut adalah senanri nama yg diperolehi. sila semak.
nama >5 tahun <5 tahun
1 KasmanRSt
2 Abie
3 Mizal
4 man C gate
5 Yazir
6 Sham PAJ
7 Bob Ford
8 Tarmizi
9 member Man Cgate
10 Din Astina
11 Kamarul BG
12 fadhil (parit buntar)
13 Ayie 323 GTX
14 Rezal (Kulim)
15 Ridzuan (kepala batas)
16 mohd Fadzul (dell)
17 Faizal Cgate
total 30 dewasa 8 budak
kasmanRSt
malamnigibayauposit
Laporan
Assalamualaikum dan salam sejahtera.....
Majlis berbuka puasa kali ini diadakan di Hotel Park Avenue, Sungai Petani pada 30 October 2004.
berikit adalah sedikit sebanyak "chronological event" pada hari tersebut:-
5:50pm: di tol sungai dua
Encik
Azman Cgate dah sampai, diikuti oleh KasmanRSt sembang sekejap, sambil
menikmati bunyi keta turbo masing2 idling, sambil disapa angin lintang
lebuh raya utara selatan.
6:00pm:
Fadhil Dell (Bpt sampan),
datang , Kawan fadhil (BG)..sory nama tak ingat , pulak menyusul, di
ikut oleh Ayie 323 , komdian MIzal210
DinAstina210, dari jauh nampak bumper bergegar, (cam parkinson syndrome), menandakan kuasa 210 yang ganas!
6:05pm:
tinggal 2 keta lagi ynag belum muncul.. encik yazir jabil and encik Faizal Bunnysuit
call depa, masing2 dalam perjalanan dan yazir mungkin lewat dan akan pegi teruih ke hotel.
6:10pm;
faizalCgate sampai. Konvoi pun ber tolak ke check point kedua, di kawasan rehat tikam batu.
6:20pm:
berjumpa ngan Mr. Abie, Syam, bob,Mie210 dan beberapa rakan2 syamB6 di situ.
perjalanan di teruskan ke Sungai petani.
6:35pm:
sampai hotel, dan Mr. Mizie dah sampai , dan tunggu ketibaan kami di sana.
masing2 pegi parking dan bersalaman. Dan kutipan buffet dan derma website dijalankan oleh kasmaRSt.
6;40pm:
Ister2
and anak2 diminta masuk dah amsik tempat dalam dewan makan. yang lain2
masih sibut sembang2 di parking lot dan Kasman terus punggut $$$. hihi!
6:50pm:
semua diarahkan masuk dalam dewan makan,
ring!ring! " bang man! nak parking kat mana?" yazir jabil lantis baru sampai depan lobby..
7:00
masing2 amik makan2 dan tunggu waktu buka.
lepak kat dalam hotel kira2 sampai kul 9pm
9:00; di luar hotel
sembang2
lagi, dan sessi ptography, pastu, tu gi kat keta dan sessi selak bonnet
dan activity bebas. sempat pi t.shoot keta Faisal seagate lagi tu.....
lebih kurang kul 9:50pm, masing2 bersurai.
Sekian,terima kasih.
kasmanRSt
Abielainkalihangtuli spulakakutakretila...
Assalamualaikum dan salam sejahtera.....
Setelah diperbincangkan, dan dipersetujui oleh moderator, konvoi killerbees sebelum puasa ini akan di adakan pada Ahad 10 Oktober 2004. Lokasi yang akan di tuju ialah A Famosa Waterworld, Melaka.
Tarikh konvoi : Ahad 10 Oktober 2004
Arah Tujuan Konvoi : Water World Melaka
Lokasi perjumpaan : Plaza tol Sg Besi (lepas tol tu ade BP ...haa situ)
Waktu : Pukul 8.00 pagi ( 8.15am konvoi mula bergerak)
Pulang : Lepas tengahari dlm kul 2 , 3 tu dah puas mandi boleh balik .
Bajet: Bayaran masuk waterworld : dewasa rm18 kanak kanak rm13
Website waterworld :
http://www.malacca.ws/afamosa/waterworld.htm
Lokasi ini dipilih kerana criteria2 berikut:
1. Bulan puasa nanti sure tak berdaya nak mandi manda beramai2 :) .so sebelum puasa ni mandi le puas puas....
2. Jarak perjalanan kurang dari 2 jam dari KL.
3. Boleh disertai oleh Killerbees Seremban dan Killerbees Johor
4. Killerbees dari Melaka pon boleh turun sebagai tuan rumah(latip nih)
5. Sesuai untuk ahli yang bekeluarga.
Jadi dengan ni diharapkan pada sesiapa yang free dan takde keje hari ahad 10 october 2004, marilah bersama sama kita merapatkan
hubungan sesama kita warga Killerbees, semasa konvoi ini.
Attention
to all Killerbees Seremban, Johor, Melaka : korang amat di alu alukan
untuk menyertai konvoi kali ini. Killerbees Utara dan
Eastcost yang mana ade kat area melaka, kalau nak join pon amat di alu alukan
-Untuk Killerbees Seremban jika turut serta sila tunggu di Hentian Sebelah Senawang(lepas tol Senawang).
-Untuk
Killerbees ari Johor dan Melaka, sila tunggu terus di Car Park A
famosa( kalu bley tlg booking parking untuk kami bley ka J )
Semoga Konvoi kali ni berjaya hendaknya
Pada yang nak sertai Konvoi ini, Sila senaraikan nama dan telefon
anda:
1.Azlan Zakaria 0126188497 Mazda 323 BG
2.Torot 0126344783 Mazda Interplay
3.Azwan 0192808700 Mazda Astina
4. Lan D 012 2709661 Ford Telstar
5. Jared 017-303 2233 >> Provided Lantis aku kuar on time
6. Harun katik 0126943306 Mazda 323 BG ( kali ni mamat ni kita kasi
bubuh baik punya kat gelongsor air tuh)
7. Perelih 0192877227 Mazda Interplay
8. Chunut 019-3171286 Mazda BG
9. Iman 012-213 5886 Mazda BG
10. Mezee 013 7888711 Keter tumpang...hehehe
11.
12.
13............
torotwer
Laporan
Assalamualaikum dan salam sejahtera.....
Alhamdulillah , Konvoi yang dirancang berjalan dengan lancar dan baik. Antara yang awal sampai dan menunggu di lokasi yang ditetapkan ialah mr chunut, fidi bf , ajeman bf , iman dan torot... kemudian disusuli ngan ahli yang lain . Yang tertingal den mengejar dari belakang ialah Lan Mod ngan Din teksi... opss din210.
Konvoi bermula pada pukul 9.00 pagi dari sg besi dan begitu juga mereka yang dtg dari Johor. Satu tujuan satu harapan....muahhahah. Sebelum bergerak, beberapa ahli telah dibekalkan dengan walkie talkie ihsan dari Mr Azwan school boy. Ini melicinkan lagi sessi konvoi ini ...txxtztxtxt OVER!
Sambil itu mr Perelih juga sibuk mengambil gambar video melalui bumbung kereta Rudy.... Gambar kali ni JADIK dan Lawa gak la... Kira dah terer la perelih tekan butang RECORDING. Sampai hentian Senawang berenti kejap dan din210 pon sampai . Konvoi diteruskan dan berhenti di tol Alor Gajah. Mr Lan Mod pon sampai sambil ahli killerbees memeriksa kereta beliau kerana menghadapi masalah radiator semasa dalam perjalanan. Begitu juga dengan BFGT merah yang pakai webber tu... yang menghadapi masalah overheating.
Sesampainya Mr Latip from Melaka dengan Interplay Merahnya, konvoi bergerak mengikut Mr Latip. Tapi tak disangka2 Mr Latip ni nama je org melaka, tapi sesampainya dalam waterworld pon boleh sesat... ehh apadaa.... segelintir dari mereke mencari jalan sendiri untuk sampai ke waterworld. Any way tq mr latip sebab join.. lama tak jumpa ko ngan keta ko nih sejak dah pindah keje ke melaka. Lain kali join mandi sekali baru seronok. tq. Masa di toll ni juga kabarnya ader sorang ahli killerbees yang bernama Meisha nani yang singgah sebentar. Tapi tak tau la kesahihan cerita tersebut. Kalau betul Thanks sebab sudi menegur kami.
Kami mendapat kawasan parking yang luas dan sesuai untuk drag. Masing2 bersiap untuk masuk ke dalam dan mandi. Sessi Mandi amat menyeronokkan. Grouping terbahagi kepada 2 iaitu yang bujang dan yang dah berumahtangga. Tapi ada gak yang dah berumahtangga join yang bujang... ahahha...Mereka yang membawa keluarga dan anak anak mangambil tempat yang sesuai untuk mandi . Sessi mandi orang 2 bujang ni agak ganas kerana masing masing berdarah muda dan aggresif. Dendam mereka pada Harun katik masa kat chamang dulu di balas di sini. Cubaan untuk menjatuhkan harun katik dari gelongsor air tidak berjaya . Takpe , next time pasti berjaya....
Mr Jared dan mezee bersama aweks aweks mereka turut menyertai kami . Tima kasih pada korang yang sanggup datang dari JB ke sini. Begitu gak ngan mr Rahimi. Lain kali kalau ade gath lagi , boleh join lagi ....
Lebih kurang pukul 2 gitu aku pon tak ingat, semua bersiap2 dan packing untuk balik. Ada yang hendak balik ke Johor, ada yang nak pi Melaka, ada yang balik KL. Masing 2 bersalam salaman sebelum pulang. Sempat juga mengadakan drag battle di kawasan parking tersebut sebab tak boleh tahan tengok jalan luas sangat.... Starter ialah Lan mod . Torot drag ngan Rudy, chunut drag ngan budak sekolah dan iman drag ngan dinteksi... masing2 happy. Masing2 muka gian.....
Tima kasih pada yang menyertai Konvoi pada kali ini. Jumpa lagi di masa akan datang. Alhamdulillah semua berjalan dengan baik.
Thanks
Mereka yang join konvoi.......
1.Azlan Zakaria 0126188497 Mazda 323 BG
2.Torot 0126344783 Mazda Interplay
3.Azwan 0192808700 Mazda Astina
4. Jared 017-303 2233 dan Tarmezee (satu keta)
5. Harun katik, perelih n chunut Mazda BG (satu keta)
8. Iman 012-213 5886 Mazda BG
10. Rudy 0133435082 Mazda 323 Astina
11. Rahimi 0197551587 ford kf
12. Fidi B6T BF
13. Piee Mazda Interplay Merah 210
14. Din Teksi aka din210 BG
15. Ajeman Blue BF B6T
16. Zuki (betul ka nama hang?) Mazda BF GT dual carb - webber
17. Bro BF 2doors (sori lupa nama )
18. Mr Latip from Melaka - Mazda Interplay merah
19. tumpang konvoi sat - meisha nani - kat tol alor gajah
Kalau ada tertinggal harap sound aku malalui -email-
::: Link foto from torot camera
::: Link foto from azwan camera
Assalamualaikum.........
Guys,
setelah diperkenankan oleh tuan mod kita saudara azlan, dengan ini diumumkan bahawa kita akan mengadakan satu konvoi merdeka, cewahhhh....merangkap bermandi manda seperti berikut :
Tarikh : 31 ogos 2004
Tempat : Hutan Lipur Chamang , pahang
Masa : 9 pg tepat.... lewat tinggal... sebab takut orang ramai .
Tempat berkumpul : Projet gombak.....yang dekat Taman Melati tu.
jadi kepada sesiapa yg berminat nak sertai konvoi ni dan kenal mengenali rakan rakan killerbees, dijemput utk turut serta :
sila senaraikan nama, kereta dan no talifon anda:
1. amir sampan - tx3 B8T - 0193421215 (leader) dah kena amaran dgn
aku.....dtg awal!!!!muahahaha
2. torot - interplay B8T - 0126344783
3. perelih - interplay B8T - 0126147935 - Tak tau lagi interplay buruk boleh jalan ke tak (transplant process)
4. harun MS - BG B8T - 0126943306 - Driver PERELIH
5. fird - BG B8T - 0126931645
6. azlan mod - xtau keta ape - 0126188497
7. lan dugong - Telstar B8T - 0122709661
8. mie etude - Etude B8T - 0133975537
9. awang - TX3 B8T - no plz.....tarak simpan la...hehehe
10. harun WDG - BG B8T - 0122093305
11.Adie Sakai BG B8T with a new g/box 1.8 turbo uk specs - 016-2626907
seperti biasa, konvoi ni akan terbatal dengan sendirinya sekiranya bilangan kereta kurang dari 5 biji, selain itu segala perbelanjaan dan risiko adalah ditanggung sendiri oleh diri sendiri.....
sebarang pertanyaan boleh lah hubungi aku atau torot utk keterangan lanjut....
sekian terima kasih
fird1177
0126931645
Laporan
Assalamualaikum….sory lmbt skit….
Senarai nama konvoi merdeka chamang….
1. amir gobek - BG B8T
2. torot - Interplay B8T
3. perelih - dgn harun MS
4. harun MS - BG B8T
5. fird - BG B8T
6. lan dugong - Telstar B8T
7. mie etude - Kembara Jalanan
8. awang - TX3 B8T
9. zahan (Ahin) Lantis B8T
10. adi B8T
11. rudy - Astina B8T
12. nan udang - Telstar B8T
13. chunut - BG B8T
14. bob chili red - BF B8T
15. yamin - TX3 B6T
16. din 210 - BG B8T
17. Azizi - BG B8T
18. Fidi - BF B8T
19. Lan - BG B6C - biru
Alhamdullillah dgn Izinnya konvoi ni telah berjaya dijalankan pada hari selasa 31/08/2004 bersamaan dgn hari kemerdekaan negara kita. Seperti yg dirancang konvoi berkumpul di projet gombak. geng shah alam berkumpul di ESSO kesas, antara yg tunggu disana ialah Yamin & familiy dan nan udang & aku dgn lan d sampai terus gerak, sampai ke tol sunway, torot dgn fidi telah sedia menunggu, terus gerak keprojet, smpi hampir pukul 9, tgk member KL dah sedia ada di sana, antara geng lebah yg setia menanti ialah, chunut dgn bg merah pink ungunya, cayalah bro!!!!, antara yg dtg awal….nak tunjuk keta la tu… wakakakaka, din 210, harun, perelih dan awang, lepak sambil tunggu rakan2 lain sampai, sempat jgk breakfast dgn sandwich awang…..
tunggu konvoi leader (dah tukar org - zahan & aidi) x sampai sampai, amir sampan ada hal, org dah mula panas dan mulut pun dan mcm mcm ada…..kihkihkih….xlama abg amir dgn bg birunya sampai, tanpa di sangka sangka sebuah BG biru, maybe member ijam khamis, telah secara tidak sengaja join konvoi ni, 10q bro, sape ke nama budak tu, respect sebab selamba…..ambik keputusan gerak tunggu dkt tol, rudy sampai, kingz mengiringi sampai situ je, kena keja, kesian… kihkihkih…bob chili red sampai, semua gerak ke tol, tunggu mi etude pulak dgn si konvoi leader yg masih x muncul2, jam dah dekat pukul 10 lebih, akhirnya muncul jgk konvoi leader tu, Azizi CAG muncul join konvoi, konvoi bermula dgn aksi aksi bak actor stunt dgn cameraman yg xtau tekan button `REC' kahkahkah….memang best la ko perelih, bebudak dah mcm mcm stail driving, pancung, drag, racing, semua ada……last last x shoot……kahkahkah, gelak lagi…..
Sampai tol karak berhenti sekejap tunggu semua kereta berkumpul, gerak ke bentong dan berhenti di pekan bentong sementara menunggu mie etude dgn harapan dapat lagi berjumpa dgn bumper 210, hampa, sebab tunggu kat tmpt lain, bumper 180pun xde, hampeh tul!!!!! muahahaha…..mie etude tiba dgn kembara!!! tapi ok la tu….janji join…..sebiji astina hitam secara tidak sengaja telah terjoin di disini, sempat memperkenalkan KILLERBEES oleh cameraman kita iaitu perelih….terkezut member dgn KILLERBEES….
Bergerak ke air terjun chamang dgn penuh hemah, xde potong memotong, xde pancung memancung aku tgk semua bersopan….sebabnya jalan kecik, kihkihkih…, sampai saja disana, semua dah xsabar, cari port yg sesuai, apalagi….mandi….makan sambil bergurau senda, Cuma yg xbestnya ada sorang penakut air rupanya….the great harun MS….kihkihkih… sampai nak baling org dgn batu tu…aparaaaa….aweks brutal tu lagi berani dari si katik ni……..
Lebih kurang pukul 2 semua dah siap berkemas disebabkan takut jln jem dan clash dengan konvoi merdeka dari kuantan, sewaktu dalam perjalanan pulang konvoi telah terpisah dua, tapi bertemu di highway utk acara pancung memancung, potong memotong, sampai la ke genting sempah utk berehat sekejap sambil menghabiskan bekalan makanan……ada yg balik awal. Setelah selesai semua, yg tinggal ambil keputusan utk balik mengikut jalan lama, sebab dapat berita jalan jem teruk, so balik lah semua mengikut jalan yg memang menguji kesabaran dan ketereran semua mengambil selekoh dan mengelak anjing anjing jalanan….wakakaka…..
Sampai di gombak, semua menuju destinasi masing masing.Jadi disini aku nak ucapkan terima kasih kepada semua atas kejayaan konvoi ni disamping sikap timbang rasa dan kekeluargaan yg kita semua tonjolkan. Harapan semoga semua ini akan menjadi satu amalan kita dlm mengeratkan lagi ikatan sesame kita……
Tunggu grand konvoi kita yg telah dirancang….
Harap konvoi @ mega gathering ni menjadi kenyataan….Insyaallah….
Ok chow…..
Fird1177
012-6931645
assalamualaikum........
aku
dah terima gambar dari lan d dan awang the kurek kik, tthen aku dah
upload ke image station.... kalau nak tengok or tambah gambar
lagi... sila ki link ini ....
ada dalam 70 keping gambo.....
have fun...
Assalamualaikum.........
Guys,
Setelah berbincang & merancang, hujung minggu ini jom kita pi mandi ayaQ terjun plak..... detail seperti di bawah :-
Tarikh : 17 July 2004 - Sabtu Minggu ketiga.
Masa berkumpul : 10:00 am.
Tempat berkumpul : Tempat rehat R&R Juru (menghala selatan).
Tempat dituju : Air Terjun Batu Hampar Bukit Panchor, Serdang, Kedah.
Perjalanan dijangka mengambil masa tak sampai pun sejam dari R&R Juru. Sila bawa makanan & minuman sendiri atau bawa lebih untuk kengkawannnnn... hehehehe. Seperti biasa segala perbelanjaan ditanggung sendiri. Tolong inform pada kengkawan yg tak ONLINE.
Terima Kasih.
Atas ehsan Fadzil Sampan, kat bawah ini link untuk pemandangan di lokasi picnic.
Terima Kasih Fadzil... hang memang besh!
Sila listkan nama anda di bawah :
1. Saiful Zahrin (Pon) 012-6586247 - KETUA KONVOI (long lost KBees Member) Akan berjumpa di exit toll Jawi.
2. Kasman 019-4761516
3. Sham PAJ 019-4110066
4. ABie 019-4523900
5.
Mr Abie
::: Laporan
Assalamualaikum,
Alhamdullillahhh.. semua dah selesai dan selamat dalam konvoi cum picnic ke Air Terjun Air putih. Sory report aku keluar lambat
seminggu coz BZ gilas skarang nie.
First of all aku nak ucapkan tahniah & terima kasih atas segala kerjasama yg telah diberikan. Pada yg bawak rasion macam bihum goreng (2 version heheheh), kuih muih, keropok ganu, pulut ikan masin, the famous tuna sanwich (hehehehe) dan lain² lagi..... terima kasih tak terhingga aku ucapkan... sian kat kat kaum bini kena bangun awai worrrr.... hahahahaha.
Pagi 17 Julai 04 kami semua berkumpul di R&R
Juru pd pkl 10pg. Abang Man & family antara yg paling awai
sampai...sambil breakfast.
Antara yg turut serta ialah :
1. Bang Man & Family
2. ABie & Family
3. Sham PAJ
4. Din Astina & Family
5. Fadzil taiko air putih
6. Saiful pulut ikan masin... & friends yg sporting.
Walaupun konvoi kali ini tak ramai disebabkan geng Penang island (seagate) mogok.... hehehehehe bukan mogok tapi dia orang kena
keja....
tapi sessi konvoi kali ini memang meriah.Untuk kali pertama Killerbees
Northern konvoi dengan kemudahan walkie talkie so keadaan konvoi kali
ini lebih lancarrr.... baru la aman skit konvoi sebab ahli semua dok
asyik menyembang lalu terlupa nak merembat atas highway seperti
selalu... hahahahaha. Ketua konvoi ialah Fadzil Sampan yg sanggup
membatalkan trip dia ke Ipoh... steady la Fadzil.. semangattt tuuuu!!!
Perjalanan
mengambil masa lebih kurang 45 minit saja ke lokasi. Keadaan lokasi
sangat memuaskannnn.... memang bestttt! Anak² mandi kat bawah dalam
pada masa yg sama kaum bapak terus menghilangkan diriii... hehehehehe.
Di lokasi menarik ada berlaku demonstrasi adengan stunt merbahaya oleh
bebudak kpg yg turut disertai oleh Sham
PAJ & Din Astina... hahahahahaha depa ni kira stuntman Killerbees... hehehehe.Cayalahhh..!
Selepas sessi makan, konvoi bertolak balik lebih kurang pkl 2 ptg tetapi DIn astina terus ke Ipoh untuk Surehebohhhhh... hehehehe.
Diharapkan semua org happy pada konvoi lepas..... tunggu konvoi seterusnya plakkkkk.......!!!!!
LAPORAN DARI :
ABie.
Assalamualaikum w.b.t.
Gang,
Kepada sesiapa yang free dan bini tak marah (pinjam ayat sat!) bleh la menjoinkan diri anda pada gath malam minggu ini.
Tarikh : 26 Jun 2004
Masa : 9:00 malam
Tempat : Juru Autocity (Nasi Kandar Pelita)
Parking: Di depan deretan kedai sale kereta SELEPAS Nasi Kandar
Pelita.
Aku akan mengedarkan VCD Dyno Day 2004 yg akan dijual berharga RM6 sekeping. Antara bonus yg ada dlm VCD terbaru ini selain dari rakaman video sepanjang hari Sabtu & Ahad ialah himpunan koleksi pics semasa Dyno Day 2004 & Killerbees Eastcost Gathering dan juga video clip Extreme Drag!!!!! Hebattt.... pasti HEBATTTT! hehhehehehe....
Jumpa disanaaaaaaaa....!
ABie.
Assalamualaikum w.b.t.
Setelah diperkenankan oleh yg berbahagia dato azlan zakaria, dgn ini aku mengumumkan bahawa satu perlawanan persahabatan antara member killerbees akan diadakan sedikit masa lagi. tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi tali persahabatan yg telah sekian lama dijalinkan disamping dapat menyihatkan badan yg telah lama gantung bot dan perut perut boroi dan sebagainya......
utk makluman semua, hanya member killerbees sahaja yg dibenarkan bermain. sebabnya ialah, kalo dah libat org luar atau player import dah bukan lagi nama killerbees lak kan...hahaha.....satu lagi aktiviti ini kalau boleh kita mau semua member terlibat, x kira la korang ni kaki bola ke, kaki bangku ke, dah reput ke, kulat ke, star ke, janji korang berminat nak join game ni, aku rasa semua akan enjoy ari tu, blm start ape ape lagi dah korang dah perang phycho...hehehe dan sekiranya aktiviti ni mendapat sambutan, maybe kita akan jadikannya sebagai aktiviti bulanan.....utk 1st ni perlawanan persahabatan adalah antara geng killerbees KL menentang Killerbees Shah Alam (ade ke org ni??? hehehehe).....
jadi
utk member yg berminat utk sama sama terlibat dalam perlawanan
persahabatan ini sila listkan nama anda......setakat ni yg telah
menunjukkan minat ialah:
Killerbees KL
1. harun katik (keeper)
2. norsha katik (lastman)
3. king kong (forward)
4. rudy (center)
5. fairus (forward)
6. aidie
7. mie etude
8. bob chili
9. hanz
10. lan mod (secret weapon)
11. azwan
12. awang
13. iman
14. helmi GT
15. amir GT (tukang buat ayor)
16.
17.
18.
Killerbees Shah Alam
1.fird (md)
2.chunut (md)
3.lan d (md/left)
4.harun botak (md right)
5.nan udang (defend)
6.amir gobek (striker/defend) peluang korang ni!!!!!hahahaha
7.amir sampan (defend)
8.fizi (defend)
9.mancai (keeper/mdright)
10. torot (belasah je la mane mane)
11.wanz (striker)
12. yunus (defend)
13.
14.
15.
secara amnya, kita telah tetapkan tarikhnya cuma padang sahaja yg belum confirm, benda ni kita akan selesaikan secepat mungkin dan akan diumumkan dalam masa yg terdekat ni.
Tarikh : 12/06/2004
Hari : sabtu
masa : 5.00ptg
padang : SEKOLAH AMINUDDIN BAKI KMPG PANDAN KL
jadi tunggu ape lagi, sila la listkan nama anda semua......sedikit bayaran akan dikenakan utk menampung bayaran padang dan referee.....
sekian...terima kasih
fird
1177
012-6931645
::: Laporan
Assalamualaikum
sempena perasmian EURO 2004, hahahaha
Team Shah Alam berkumpul di R&R Kinrara dalam pukul 4, Lan D sampai awal !!! cayalah BEB!!! semangat tu, tunggu geng2 lain sampai, lalu kami bertolak menuju ke lokasi, sampai kat persimpangan cheras mengalami kesesekan jalan yg teruk, berpunca dari kemalangan jalan raya di lane sebelah!!! aparaaa….org xsiden belah sana, lorong sini yg sesak…….jadi pasukan telah berpecah dgn haluan masing masing….
sampai ke padang dalam pukul 515, tgk team KL sedang bersiap siap, dgn jersi warna merah…..pergh!!!! cayalah korang…….ni kes sabotaj ni, tau tau dtg dah siap semua, saje je korang yekkk…..
Team Shah Alam x sabar semua tuko baju terus sepak bola, hahahaha xnak buat stretching dulu ke korang ni, yg nyata lan d memang dah xsabor nak main, hehehehe……tunggu semua pemain siap, Team Shah Alam buat warming up, Team KL pulak tgh set line up dgn set piece tgh padang…power!!!!!…
lebih kurang
pukul 545 ptg bersaksikan padang Sekolah Aminuddin Baki, buat julung
julung kalinya perlawanan bolasepak KILLERBEES,
berlangsung dengan sepak mula oleh Team KL……
10 minit awal permainan berlangsung agak baik dgn kedua dua pasukan melakukan gerakan gerakan yang menarik, beberapa percubaan dari Team Shah Alam diawal perlawanan dapat dipatahkan oleh pertahanan Team KL disamping penyudahan yg agak lemah dari penyerang import mereka dari Bhutan iaitu chunut dan penyerang sensasi wanz, muahahaha…ko kejor bola ke bola kejor ko???? wakakakaka……jgn marah arrr wanzzzz…..Team KL yg agak terkejut dgn kombinasi ini mengatur serangan dengan baik diketuai oleh lan mod, bob, perelih berjaya juga mengucar kacirkan benteng pertahanan Team Shah Alam. Hasil dari keadaan kelam kabut di depan gol, pemain pertahanan KL iaitu din210 berjaya merembat kencang menewaskan penjaga gol Shah alam iaitu mancai yg beraksi cemerlang sebelum itu dgn menafikan beberapa percubaan berbahaya penyerang KL.
Perlawanan masa kedua bermula, dgn kedua dua pasukan membuat pertukaran pemain, hasil dari pertukaran ini kedua dua pasukan berjaya menambah kerancakan permainan dgn mengatur beberapa gerakan dan serangan yg berbahaya. Team Shah Alam membuat pertukaran taktikal dgn meletak kan 4 penyerang namun masih gagal menghasilkan gol. Ternyata nasib juga memainkan peranan dalam perlawanan tersebut, apabila gol kedua utk Team KL terhasil pada minit 20 separuh masa kedua apabila penyerang sensasi KL iaitu aidi sakai berjaya menjaringkan gol dalam kedudukan outside setelah penjaga garisan leka hisap rokok…..wakakakaka….tu la kan dah kena sound dgn referee…..
Team Shah Alam tidak berputus asa melakukan asakan demi asakan disamping kekentalan benteng pertahanan Team KL tetap teguh
menyerap
setiap asakan yg diketuai oleh zahan(– asyik jatuh je, tipu
ka?????hahahaha…., taktik dorang la tu, laga telur pun jatuh,
muahahahhaha….
dalam minit ke 25 perlawanan hasil dari kesilapan benteng pertahanan Team Shah Alam, rudy yang tanpa dikawal telah melepaskan satu rembatan padu menewaskan penjaga gol Shah Alam setelah melihat mancai berada dalam keadaan off position.
Ketinggalan 3 - 0 tidak melemahkan semangat pemain Shah Alam utk mencari jaringan. Ternyata usaha itu membuahkan hasil apabila
penyerang
import mereka iaitu chunut berjaya mengelecek pertahanan lawan dan
dengan selambanya menewaskan penjaga gol KL iaitu kingz dgn mudah.
kedudukan kekal hingga ke wisel penamat dgn keputusan pasukan KL menang menewaskan pasukan Shah Alam dgn keputusan 3 – 1.
Tahniah kepada Team KL, dan kepada semua pemain tahniah juga diucapkan diatas semangat kesukanan yg tinggi, ade yg beli boot baru, datang jadi jauh, korang memang best!!!!
sekian…..
anyway, aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua pemain yg terlibat secara langsung atau tidak dan juga kepada penyokong yg dtg hari tu, secara umumnya program ini berjaya mengeratkan silaturrahim antara kita semua disamping dapat juga menyihatkan badan. Insyaallah aku dalam usaha utk membuat perlawanan kedua di shah alam dalam masa terdekat ni. harap korang dapat sama sama membantu utk menjadikan kegiatan ini satu program riadah KILLERBEES!!!!
HIDUP KILLERBEES!!!!
fird
1177
012-6931645